• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Subaru Impreza 22B STI (2018) Ini Dilelong RM1.2 Juta!

Subaru Impreza 22B STI (2018) Ini Dilelong RM1.2 Juta!

April 21, 2021 By Shawkath Leave a Comment

213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH Subaru Impreza 22B STI terpakai dijual pada harga AS$312,555 (RM1.29 juta) selepas dibida 76 kali sepanjang acara lelongan menerusi laman web Bring A Trailer, Isnin lalu.

Model prestasi tahun 1998 itu adalah satu daripada 400 unit Impreza yang dihasilkan sempena meraikan kemenangan tiga kali berturut-turut bagi Jenama Pengeluar dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) di tangan legenda Colin McRae.

Berikut ialah fakta menarik Impreza 22B STI:

  • Kereta warna biru World Rally Blue ini ialah unit ke-156 dan diimport dari Jepun ke Amerika Syarikat (AS) sebagai unit pameran dan tontonan.
  • Sudah dipandu lebih 40,000km, tetapi dijual lebih mahal daripada kereta rali sebenar dipandu McRae (Impreza WRC97), iaitu pada harga AS$298,659 (RM1.2 juta).
  • Bagaimanapun, ini bukan Impreza 22B STI terpakai paling mahal kerana ada model sama dengan nombor siri 309 dijual pada harga AS$370,000 (RM1.5 juta) di Britain, tahun lalu. Kenapa mahal? Unit tersebut baru dipandu sejauh 436km sahaja.
  • Menggunakan enjin 4-silinder sebaris 2.2L DOHC Turbo (EJ22G) dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dan kotak gear manual 5-kelajuan yang meledakkan kuasa 280hp @ 6,000rpm dan tork 363Nm @ 3,200rpm.
  • Ada bonet ventilator aluminium dan skup besar, fender besar, spoiler belakang boleh laras, penutup lampu kabus, wiper belakang, cermin sisi boleh lipat elektrik, logo Subaru warna Cherry Blossom (merah), ekzos STi dan lencana 22B STi.
  • Rim BBS 17 inci warna emas ialah unit stok kilang dan dibalut tayar 235/40 Dunlop Direzza ZII (2019). Sistem brek menggunakan kaliper STi merah, manakala sistem suspensi mendapat talaan ProDrive termasuk absorber Bilstein dan bar strut gentian karbon.
  • Kerusi Recaro hitam dengan sulaman logo STi dan sulaman benang merah. Kerusi cuma boleh laras manual.
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 2
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 35
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 32
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 40
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 1
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 14
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 15
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 31
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 6
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 5
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 4
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 18
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 19
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 26
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 33
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 17
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 16
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 3
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 36
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 9
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 10
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 9
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 8
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 21
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 22
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 24
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 29
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 28
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 11
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 25
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 37
Subaru Impreza 22B STI 1998 - 34

SUMBER: The Drive |Bring A Trailer

Related

213
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Colin McRae, Roda4, Subaru, Subaru Impreza 22B STI, Subaru Impreza 22B STI 2018

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev