HONDA memulakan langkah mengeluarkan banyak kenderaan elektrik (EV) untuk pasaran global dengan memperkenalkan EV jenis kenderaan utiliti sukan (SUV), dipanggil SUV e:Prototype.
Model itu juga ialah SUV elektrik pertama keluaran Honda yang diumumkan di pentas Pameran Auto Shanghai, China. Pada masa sama, Honda turut mengumumkan rancangan mengeluarkan 10 unit EV untuk pasaran China dalam masa lima tahun akan datang.
SUV e:Prototype dijangka menjadi model elektrik pertama Honda yang akan dijual di Negara Tembok Besar itu.
SUV elektrik itu menampilkan bahasa rekabentuk Honda terkini. Sekali pandang, model ini sangat mirip dengan HR-V, tetapi direka lebih moden dan futuristik. Walaupun baru model konsep, perubahan dilakukan dijangka tidak banyak berubah untuk versi model pengeluaran akhir.
Berikut ciri menarik SUV e:Prototype:
- Rupa depan menampilkan lampu siang (DRL) panjang seakan bulu kening dengan lampu utama seakan biji mata di bawahnya. Logo Honda direka bercahaya, diletakkan di tengah bampar yang turut menjadi bahagian port pengecas.
- Bahagian tepi menggunakan pelapik plastik pada gerbang roda untuk imej sporty dan dipadankan rim besar dan cermin sisi bersaiz mini . Hendal pintu belakang disorokkan pada frem tingkan belakang, sama seperti HR-V.
- Lampu belakang mengetengahkan rekaan horizontal yang melintang sepanjang pintu but. Bampar belakang juga ada lampu pada kiri dan kanan bampar, dipercayai strip reflektor dengan aksen biru di bawah.
- Ruang kabin dibikin unik dengan unit infotainment didatangkan dalam bentuk vertikal, seakan model Tesla dan dalam tiga dek. Ventilator penyaman udara juga direka memanjang sepanjang papan pemuka.
- Honda tidak memberi perincian lanjut mengenai jarak pemanduan, saiz bateri atau kapasiti pengecasan model ini. Mungkin akan didedahkan kemudian.
BACA >>> Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
BACA >>> Bocor Foto Honda Civic Sedan (2022) Versi Pengeluaran!
SUMBER: Motortrend.com
Leave a Reply