• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Masuk Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) 2021!

Malaysia Masuk Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) 2021!

April 21, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSTITUT Automatif, Robotik dan Internet Benda Malaysia (MARii) dan Perodua mengumumkan kerjasama dengan syarikat tempatan Persona Energy Sdn Bhd dan pasukan lumba terkenal dari Britain, JOTA Sport Racing Team untuk menyertai Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) 2021.

Kerjasama tersebut membabitkan pemindahan teknologi, termasuk pengumpulan data untuk pembangunan komponen dan kenderaan tempatan.

Malaysia akan menghantar empat jurutera perantis untuk menyertai pasukan JOTA Sport Racing Team dalam kejohanan WEC 2021 di bawah Program Perantisan Pemindahan Teknologi (TTAP) bermula Jun ini, diwakili Anderson Kent Robert, Luqman Othman, Muhammad Amzar Danish Chairil dan Muhammad Taufiq Mohd Zin. 

Pada masa sama, Pengarah Eksekutif Persona Energy Sdn Bhd, Jazeman Jaafar diumumkan sebagai pelumba simpanan dan pembangunan untuk pasukan JOTA, termasuk menjadi mentor kepada perantis di bawah program TTAP.

Malaysia bukan asing dengan perlumbaan enduran dan antara kejuaraan pernah disertai pasukan negara ialah 24 Hours of Le Mans 2018.

Data daripada penyertaan tersebut diperoleh dalam bentuk rekabentuk trenkuasa, komponen baharu, dan teknologi sensor yang jauh lebih maju berbanding teknologi digunakan kenderaan komersial. Maklumat berkenaan akan memberikan dimensi baru kepada pembangunan kenderaan tempatan pada tahap OEM dan pengeluar.

WEC ialah kejuaraan lumba kereta dengan pasukan dan pemandu akan bersaing dalam perlumbaan yang mengambil masa lama, biasanya enam jam, untuk menjadi kereta terpantas berjaya melintasi garis penamat. Bagaimanapun, satu pusingan daripada keseluruhan siri perlumbaan ialah 24 Hours of Le Mans yang berlarutan hingga sehari suntuk.

Selain Jazeman, individu lain yang hadir dalam majlis kerjasama semalam ialah Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) MARii, Dato’ Madani Sahari, dan Pengarah Persona Energy Sdn Bhd, Ariel Maseri serta disaksikan secara maya Prinsipal Pasukan JOTA, Sam Hignett dan Pengarah Pasukan JOTA, David Clark. 

BACA >>> Jualan Suku Pertama Perodua Naik 29 Peratus, 14,574 Ativa Terjual, Varian AV Paling Laris!
BACA >>> Ford Rai Ulang Tahun Kejayaan Le Mans 1968 dengan GT Heritage Edition Nombor 9

Related

88
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 24 Hours of Le Mans, jota sport racing team, Kejuaraan Enduran Dunia (WEC) 2021, Le Mans, MARii, Perodua, Roda4, sukan permotoran, wec 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my