GAYA memang macam Ducati Panigale 959, tetapi jangan mudah terpedaya. Inilah Moxiao 500RR (2021), sportbike baharu buatan pengeluar motosikal dari China, Moxiao Motor.
Pengenalan itu menambah satu lagi model klon untuk pasaran Negara Tembok Besar itu, dan akan dijual pada harga anggaran 35,000 yuan (RM22,190) sahaja. ‘Panigale klon’ tersebut dijadualkan berada di pasaran republik Komunis itu beberapa minggu lagi.
Berikut spesifikasi Moxiao 500RR (2021):
- Dipacu trenkuasa Loncin KE500 4-lejang 8-injap 471cc dengan syaf kembar berkuasa 48hp @ 8,500rpm dan tork 43Nm @ 7,000rpm. Kelajuan maksimum 165kmj dan pecutan 0-100kmj sepantas 6.1 saat.
- Menggunakan swingarm tunggal yang dipautkan pada monoshock kuning di belakang, siap dengan tabung kluster, diklonkan sama seperti komponen asal Panigale. Suspensi depan dipasangkan fork terbalik (USD) keemasan.
- Bahagian roda menggunakan brek cakera kembar 320mm dengan kaliper radial (depan), dan cakera tunggal 260mm (belakang) serta siap dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Kapasiti tangki minyak 22 liter. Penggunaan seliter petrol mampu ditunggang sejauh 22.2km.
- Saiz tayar 120/70 (depan) dan 190/55 (belakang), tinggi pelana 790mm dan berat kering 196kg.
- Ciri fizikal lain ialah kedudukan komponen yang mirip Panigale, termasuk rekaan grafik seperti superbike perdana Ducati itu.
BACA >>> Dayang ADV 150 (2021) - Lagi Klon Honda ADV 150 Muncul di China
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 10 Motosikal 0-100kmj Terpantas Dunia
Masyivijaya bin mohd zain says
Cantik....macamman hendaknorder
Zul says
Ada jual ke di Malaysia..macamna dengan spare part motor ni?
José Gilberto Orozco siller says
Cuánto cuesta la moto la réplica dela ducati