PENGELUAR motosikal berpangkalan di Britain, Lexmoto memperkenalkan sportbike LXS 125 (2021) untuk pasaran negara Eropah itu, dan bakal meluaskan lagi portfolio model mesra penunggang baharu yang sebelum ini dipopularkan LXR.
LXS 125 (2021) ialah model lebih berkuasa daripada LXR yang baru saja dikemas kini bulan lalu, dan akan dijual pada harga £2,499.99 (RM15,950), sama seperti LXR versi SE.
Berikut ciri menarik LXS 125 (2021):
- Tampil dengan dua pilihan warna: Matt Grey- Yellow Fluorescent (kelabu kusam-kuning fluoresen) dan Black-Blue (hitam-biru).
- Dijana enjin patuh Euro5, 4-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan cecair berkuasa 13.8hp @ 8,750rpm dan dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
- Hanya seberat 155kg, iaitu 12kg lebih ringan daripada LXR 125, manakala kelajuan maksimum 110kmj.
- Memiliki tinggi pelana 790mm dan kapasiti tangki minyak 10 liter.
- Lampu depan jenis LED kembar dalam empat kluster. Begitu juga lampu signal belok yang menjulur keluar dari fairing sisi.
- Paling menarik ialah posisi ekzos kembar yang diposisikan bawah pelana penumpang untuk gaya lebih kemas dan sporty.
- Panel meter jenis digital penuh yang memaparkan spidometer, takometer, odometer, bar petrol, indikator gear, trip meter dan jam, termasuk simbol amaran lain.
- Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan monoshock di belakang.
- Bahagian roda menggunakan sistem brek cakera kembar di depan dan cakera tunggal di belakang yang dibalut tayar jenis tiubles saiz 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang) dengan dipadankan rim 16 inci.
- Setiap pembelian dipakejkan bersamaa waranti alat ganti dan buruh selama dua tahun.
BACA >>> Lexmoto Lancar LXR 125, LXR SE 125 (2021) di UK, Harga Mula RM14k
BACA >>> Skuter China, Lexmoto Echo Jadi Motosikal Paling Laris di UK
SUMBER: Lexmoto.co.uk
Leave a Reply