WAKIL pengedar motosikal Honda di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) memperkenalkan pilihan warna baharu untuk Vario 125, termasuk mengemas kini rekaan grafik skuter advencer itu supaya kekal relevan di pasaran negara jiran tersebut.
Varian CBS-ISS kini didatangkan dalam pilihan warna baharu Advance Matte White (putih kusam) dan pilihan warna spesial, Advance Matte Blue (biru kusam) dengan rim emas.
Varian CBS pula, diperbaharui rekaan grafik supaya lebih sporty untuk Advance Red (merah) dan Advance Black (hitam). Berikut harga skuter Vario 125 di Indonesia:
- CBS - 21,005,000 rupiah (RM5,950)
- CBS-ISS - 21,910,000 rupiah (RM6,210)
- CBS-ISS (warna spesial) - 22,060,000 rupiah (RM6,250)
Berikut perincian Vario (2021) versi Indonesia:
- Aspek mekanikal kekal sama, dijana enjin eSP silinder tunggal 124.8cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 9.1hp @ 8,500rpm dan tork 10.8Nm @ 5,000rpm, manakala transmisi jenis automatik V-Matic.
- Memiliki berat 111kg dengan tinggi pelana 769mm dan kapasiti tangki minyak 5.5 liter. Ruang simpanan bawah pelana pula seluas 18 liter.
- Menggunakan sistem brek kombi (CBS) yang menggabungkan kombinasi brek cakera dengan kaliper piston tunggal di depan dan brek dram di belakang.
- Bahagian roda menggunakan tayar tiubles saiz 80/90-14 M/C 40P (depan) dan 90/90-14 M/C 46P (belakang)
- Teknologi ISS (Idle Stop System) pada varian CBS-ISS menawarkan penjimatan bahan api terbaik, iaitu cuma menggunakan 1 liter petrol untuk jarak tunggangan 51.7km (kaedah ECE R40). Kadar emisi pula lebih baik daripada standard Euro 3.
- Sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh untuk lampu utama dan lampu belakang bagi menyerlahkan gaya mewah dan sporty.
- Sistem penghidup menggunakan kunci magnetik untuk tujuan keselamatan, termasuk butang khas berasingan yang digunakan untuk membuka pelana. Juga diberikan sistem penggera antikecurian dan jawab balik (Answer Back) untuk mengesan lokasi motosikal diparkir.
- Ada rak multifungsi depan untuk menyimpan aneka barang seperti botol air dan sarung tangan.
- Panel meter jenis digital penuh dan berwarna yang memaparkan maklumat tunggangan seperti spidometer, takometer, bar petrol, jam digital, indikator bateri, trip, penggunaan bahan api, peringatan servis dan simbol amaran.
SUMBER: DapurPacu
Leave a Reply