• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?

Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?

April 18, 2021 By Han Othman 1 Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RASANYA ramai sudah tahu berita mengenai kontroversi kesatuan pekerja Proton di Shah Alam, Kesatuan PONSB (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd) merancang melancarkan protes aman dengan memakai pengikat kepala merah berikutan keengganan pengurusan tertinggi pengeluar automotif nasional itu memenuhi beberapa perkara dijanjikan sebelum ini.

Persoalannya, apakah permintaan Proton, dan apa pula perkara yang dijanjikan kepada pekerja? Kami ringkaskan di bawah:

  • Pekerja Proton diminta bekerja 10 jam sehari, enam kali seminggu.
  • Pekerja Proton dijanjikan insentif jika sasaran tercapai.

Kesatuan PONSB awalnya mengambil pendirian berdiam diri tanpa membuat sebarang aduan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan. Namun, sikap tersebut nampaknya disalahgunakan pihak pengurusan tinggi luar dan dalam negara.

Malah, Kesatuan PONSB kelmarin dilaporkan akan mengeluarkan memo mengenai janji yang perlu ditunaikan Proton. Antara aduan dalam dokumen yang didedahkan kepada portal Careta itu adalah:

  • Faedah pekerja sedia ada ditarik balik.
  • Insentif 'Happy Operation Entity (HOE)' tidak dibayar sejak Januari 2021.
  • Perbincangan mengenai bonus pada 2020.

SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH

Susulan kontroversi dicetuskan itu, pihak pengurusan tinggi Proton di bawah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong kini bersetuju melaksanakan semua permintaan berikut:

  • Skim 'Staff Purchase', Skim 'Staff Purchase 25 Tahun' dan menyambung semula Skim 'Staff Purchase' untuk keluarga terdekat.
  • Bincangkan semula pembayaran insentif HOE.
  • Pembayaran bonus tahun 2020 akan dibuat pada 30 April ini.
  • Proton dibenarkan ada dua kesatuan pekerja untuk tenaga kerja, iaitu di kilang Shah Alam dan Tanjung Malim. Proses pemindahan pekerja Shah Alam ke Tanjung Malim akan bermula tahun ini.

APA LAGI ISU GEELY-PROTON?

Bukan isu insentif pekerja saja. Proton juga khabarnya kecoh dengan beberapa isu panas seperti berikut:

  • Dr Li cenderung mengambil tenaga profesional dari China untuk menggantikan pengurusan tempatan tamat kontrak. Antaranya, jawatan pengurusan kanan dan ke atas di Proton diberikan kepada kakitangan China yang ramai lebih muda tanpa ada pengalaman, sekali gus mengetepikan matlamat asal rakan strategik, iaitu Proton sepatutnya menimba kepakaran daripada Geely.
  • Projek model Proton buatan sendiri diketepikan. Geely mahu  gantikan dengan projek penjenamaan semula (rebadging) walaupun projek Proton lebih berdaya saing dan kos efektif.
  • Projek pembinaan Proton ditolak dan digantikan kontrak kejuruteraan dari Geely yang mahal.

Apa sudah jadi Proton?

SUMBER: Careta | Mekanika

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr. Li Chunrong, Geely, Kesatuan PONSB, Kontroversi Proton, PROTON Holdings Berhad

Comments

  1. Proton says

    July 9, 2021 at 3:07 PM

    Semoga pengurusan proton dipermudahkan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev