• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM 1290 Super Duke RR (2021) Edisi Terhad Habis Jual dalam Masa 48 Minit

KTM 1290 Super Duke RR (2021) Edisi Terhad Habis Jual dalam Masa 48 Minit

April 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGURUSAN atasan KTM boleh senyum lebar selepas mendapat tahu model 1290 Super Duke RR (2021) edisi terhad habis dijual dalam tempoh 48 minit!

Secara purata, setiap 10 unit 1290 Super Duke RR (2021) dijual setiap minit sebaik saja jualan secara atas talian dibuka. KTM cuma menyiapkan 500 unit hypernaked itu untuk pasaran dunia dengan hasil kutipan jualan €12.5 juta (RM61.7 juta)!

Khabarnya, KTM sudah menerima tempahan daripada lebih 500 pelanggan seluruh dunia. Ini termasuk beberapa nama terpaksa dimasukkan dalam senarai menunggu yang akan jadi pengganti jika ada pembeli membatalkan tempahan pada minit akhir.

1290 Super Duke RR (2021) mempunyai banyak perbezaan berbanding 1290 Super Duke R, termasuk pengurangan berat hingga hampir 10kg. Menariknya, berat motosikal ini cuma 180kg dengan kuasa kekal 180hp, menandakan nisbah 1:1, manakala angka tork 140Nm.

Berat badan ringan turut dibantu pengunaan rim aluminium tempa untuk mengurangkan berat hingga 1.5kg, pek bateri litium ion (kurang 2.5kg) dan material gentian karbon. Sistem ekzos Akrapovic titanium penuh dengan hujung paip gentian karbon juga membantu menurunkan berat berbanding model terdahulu.

Sistem suspensi menggunakan fork WP Apex PRO 7548 Closed Cartridge di depan dengan damper stereng WP Apex PRO 7117, dan monoshock Apex PRO 7746 di belakang. 1290 Super Duke RR (2021) dijual pada harga €26,249 (RM129,600).

BACA >>> KTM 1290 Super Duke RR (2021) Diperkenal, Cuma 500 Unit Sahaja Seluruh Dunia
BACA >>> #BikinMotor: Pecutan KTM 1290 Super Duke R  Kustom Ini Sepantas 2 Saat!
BACA >>> KTM 200 Duke (2021) dengan Wajah Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM12.8k

SUMBER: Motorpasion

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 1290 Super Duke R, 2016 Perodua Sedan, Hypernaked, KTM 1290 Super Duke RR (2021), KTM Austria, roda2, Supernaked

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my