• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BSH Lancar Honda CBR600RR (2021) Serba Baharu, Harga RM98.8k!

BSH Lancar Honda CBR600RR (2021) Serba Baharu, Harga RM98.8k!

April 15, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEGMEN sportbike middleweight kini lebih meriah apabila Boon Siew Honda hari ini mengumumkan pelancaran CBR600RR serba baharu yang juga model paling berkuasa berbanding pesaing lain dalam kelas sama.

Dikelaskan sebagai supersport, model ini didatangkan dalam satu pilihan warna, Grand Prix Red (merah) yang dijual pada harga RM98,888. 

Berikut ciri menarik CBR600RR (2021):

  • Dikuasakan enjin 4-silinder 599cc DOHC berkuasa 119hp @ 14,000rpm dan tork 63bNm @ 11,500rpm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan dengan fungsi Quick Shifter dan klac antigelincir (A&S).

  • Direka dengan menitikberatkan aspek aerodinamik yang dapat dilihat melalui bahagian depan tirus dengan ventilator ambilan udara, winglet sisi dan ekzos belakang kompak. Dwi-lampu depan LED direka tirus untuk gaya agresif, manakala signal belok kelihatan menjulur keluar dari kiri dan kanan fairing kepala.

  • Menampilkan panel meter TFT digital berwarna penuh yang memaparkan pelbagai maklumat tunggangan seperti indikator posisi gear, spidometer, takometer, jam, rekod lap, dan simbol amaran.

  • Dipasangkan tayar depan saiz 120/70 (depan), dan tayar belakang saiz 180/55 yang kedua-duanya menggunakan rim 17 inci.
  • Sistem henti menggunakan brek cakera kembar 310mm dengan kaliper 4-piston di depan dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal untuk brek belakang. Juga dibekalkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Suspensi menggunakan fork terbalik (USD) 41mm Showa di depan, dan monoshock  Showa Pro-Link di belakang. 
  • Dilengkapi Unit Unjuran Inersia (IMU), iaitu sensor untuk mengesan sudut posisi motosikal. Ciri ini akan bekerjasama dengan Kawalan Tork Boleh Pilih Honda (HSTC) dan unit kawalan elektronik (ECU) untuk mengelakkan tayar tergelincir ketika memecut ataumembelok.

  • Ada tiga mod tunggangan: Fast Riding, Fun Riding dan Comfortable Riding.
  • Dua lagi mod tunggangan boleh disetkan mengikut cara tunggangan peribadi, iaitu pilihan lima tahap kuasa, sembilan tahap HSTC (serta boleh dipadamkan, tiga tahap Kawalan Wheelie (boleh dipadamkan) dan tiga tahap brek enjin.

  • Dilengkapi Damper Stereng Eletronik Honda (HESD) boleh laras dalam tiga mod, iaitu Hard (keras), Medium (sederhana), dan Soft (lembut). Fungsi ini disokong IMU dan sensor halaju untuk menambah kestabilan motosikal.
  • Turut disediakan ciri Signal Henti Kecemasan (ESS) yang akan menyalakan lampu kecemasan automatik apabila membrek mengejut. 

BACA >>> Honda Lancar Skuter Forza 250 (2021) Baharu! Harga RM25.4k
BACA >>> Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!

Print
2021-CBR600RR_studio_0001_L
2021-CBR600RR_studio_0008_L
Aerodynamic Design and All LED Lighting-01
Full Colour TFT Display
Customized Riding Modes
Honda Electronic Steering Damper
2 ch ABS Braking and SHOWA Suspension
Inline 4 Cylinder Powerfull Engine
cbr600rr brochure

Related

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Honda, Honda CBR600RR, Middleweight, Roda4, sportbike, supersport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev