• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Trak Pikap Ford Ini Sumbat Hampir Seluruh Isi Rumah

Pemandu Trak Pikap Ford Ini Sumbat Hampir Seluruh Isi Rumah

April 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

299
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRAK pikap memang jenis kenderaan yang dicipta untuk melakukan kerja-kerja berat. Namun, pemilik seorang ini bertindak di luar jangkaan apabila memuatkan apa yang boleh dikatakan hampir seluruh barangan rumahnya atas trak pikap!

Kejadian pelik tapi benar itu dilaporkan berlaku di ibu kota Mexico dan sempat dikongsikan @lapipadelapaz dalam akaun TikTok miliknya. Apa ditunjukkan adalah rakaman sebuah trak pikap jenis Ford F-Series dengan muatan perabot dan pelbagai barangan rumah lain yang menimbun tinggi di ruang kargo belakang.

Video tular itu mendapat hampir 200,000 tontonan dan lebih 3,000 perkongsian.

@lapipadelapazMe lo borro TikTok 🤨 Pero ahí está, esta joya ##mexican ##power ##mudanzas♬ Oh No - Kreepa


Banyaknya muatan diisi hingga melebihi kapasiti kargo sebenar trak pikap itu hingga setinggi tiga kali ganda daripada tinggi trak pikap itu sendiri. Antara barangan dikesan adalah beberapa rak, almari, tong minyak, sofa, meja dan kerusi roda yang diikat dengan tali dan ditutupi kain.

Sekali pandang, nampak pemandu itu seperti membawa seluruh isi rumahnya!

Dalam kita bergelak, tetapi kagum juga apabila melihat F-Series itu masih gagah bergerak walaupun perlu mengusung beban muatan yang sangat banyak.

Nasihat kami, janganlah sesekali kita pernah terfikir untuk melakukan aksi sama di Malaysia kerana perbuatan itu jelas mengundang risiko bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain selain merosakkan trak pikap itu sendiri.

Apa pula terjadi kalau barangan dibawa itu tercicir hingga mencederakan pengguna jalan raya lain. Nak lepas tol pun tak boleh!

BACA >>> #Tular: Nak Makan Tapi Kedai Tutup Punca Sekumpulan Lelaki Mengamuk Tak Ingat Dunia
BACA >>> Angkara Google Maps, Pengantin Lelaki Silap Hantar Hantaran ke Rumah Orang Bertunang

SUMBER: Jalopnik

Related

299
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ford, Ford F-Series, TikTok, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev