• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan GT-R NISMO Special Edition (2021) Dapat Bonet Karbon, Enjin Ditala Semula

Nissan GT-R NISMO Special Edition (2021) Dapat Bonet Karbon, Enjin Ditala Semula

April 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN USA mengesahkan akan menawarkan GT-R NISMO Special Edition (2021) kepada pembeli negara itu selepas acara tayangan model itu  di Yokohama, Jepun, sebentar tadi.

Inilah 'Godzilla' generasi paling terkini yang mula diperkenalkan sejak 2007. Model edisi khas ini mendapat warna badan dan material baharu selain talaan enjin dipertingkat. Nissan sebenarnya hampir setiap tahun menambah baik siri GT-R dengan pelbagai pembaharuan supaya kekal relavan di pasaran. Antara  naik taraf signifikan adalah pada 2017.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO (2021) Berkuasa 600hp Kini di Amerika dengan Harga RM877k!

GT-R NISMO Special Edition (2021) menampilkan kemasan warna Nismo Stealth Gray (kelabu) dengan bonet gentian karbon yang disadur cat jernih supaya tampak berkilau. Penampilan juga nampak menyerlah dengan kaliper brek kuning yang jelas menonjol dari celahan jejari rim.

Selain bonet, bahagian luaran lain yang turut menggunakan material gentian karbon ialah bampar depan dan bampar belakang, spliter bawah bampar depan, skirt sisi, ventilator udara depan, spoiler belakang dan difuser belakang. Tambahan lain ialah aksen merah pada rim aluminium tempa RAYS 20 inci, dan logo baharu pada but belakang, penutup hab rim dan enjin.

GT-R NISMO Special Edition (2021) masih menggunakan enjin 3.8L Twin-Turbo V6 (VR38DETT) berkuasa 600hp dan tork 652Nm serta dipadankan transmisi dual klac (DCT) 6-kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) ATTESA E-TS.

Modifikasi enjin cuma melibatkan beberapa komponen seperti gelang piston (piston rings), rod sambung (connecting rod), aci engkol (crankshaft) dan komponen injap gear untuk memastikan enjin berfungsi pada tahap lebih optimum dan respons turbo lebih pantas.

Nissan USA belum mengumumkan harga sebenar model edisi khas itu, termasuk jumlah yang akan dipasarkan untuk pembeli Amerika Utara.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?
BACA >>> Porsche 911 Turbo S Kini di Malaysia, Harga RM2.2j!

Nissan GT-R Nismo Special Edition 2021 -3
Nissan GT-R Nismo Special Edition 2021 -6
Nissan GT-R Nismo Special Edition 2021 -9
Nissan GT-R Nismo SE 2021
Nissan GT-R Nismo Special Edition 2021 -2
Nissan GT-R Nismo Special Edition 2021 -5
Nissan GT-R Nismo Special Edition 2021 -4
Nissan-GT-R-Nismo-Special-Edition-2021-11
Nissan GT-R Nismo Special Edition 2021 -8
Nissan-GT-R-Nismo-Special-Edition-2021-12
Nissan GT-R Nismo Special Edition 2021 -7
Nissan GT-R Nismo Special Edition 2021 -10

SUMBER : TheDrive

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nismo Stealth Gray, Nissan GT-R Nismo (2021), Nissan GT-R Nismo Special Edition (2021), Nissan USA, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev