• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

April 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

639
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN kenderaan elektrik (EV) ialah alternatif lebih baik untuk alam sekitar, termasuk menjimatkan kos bahan api fosil, tetapi harga mahal membuatkan ramai pembeli belum bersedia beralih kepada mod pengangkutan mesra alam itu.

Namun, semua itu bakal berubah apabila syarikat dari China, Wuxi FST Moto International menghasilkan motosikal elektrik yang dikatakan sebagai paling murah di dunia dengan harga AS$1,082 (RM4,470) sahaja. Streetbike elektrik dipanggil FLY-3 itu ditemui dalam laman web e-dagang, Alibaba.

Berikut ciri menarik FLY-3:

  • Ditawar dalam beberapa varian dengan output kuasa berbeza, bermula 4hp (3kW) hingga 11hp (8kW).
  • Walaupun tidak berkuasa tinggi, berat ringan (95kg) membuatkan kuasa dimiliki sudah mencukupi. 
  • Turut menawarkan pilihan bateri 72V 20Ah/30Ah/35Ah. Bateri digunakan jenis Li-ion dan disimpan dalam penutup seakan enjin untuk memberikan rupa sebenar motosikal konvensional.
  • Mampu bergerak sejauh 60-70km sekali cas, manakala kelajuan maksimum 80kmj.
  • Menggunakan suspensi fork teleskopik di depan dan dwi-absorber di belakang.
  • Menariknya, motosikal EV ini dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada brek belakang. Jenis brek pula cakera tunggal untuk kedua-dua roda. Panel meter pula moden jenis LCD digital penuh.
  • Setakat ini, FLY-3 nampaknya cuma dijual untuk pasaran domestik dan tiada khabar berita sama ada dijual atau tidak di Malaysia. Mungkin ada penjual berminat membawa masuk motosikal ini?

BACA >>> Yamaha Bangunkan Motor Eletrik Untuk Hypercar Berkuasa 496hp!
BACA >>> Alpha Wolf EV - Trak Pikap Eletrik Retro dengan Jarak Pandu 400km, Kapasiti Tunda 1.3 Tan

wuxi-fstmoto-fly-3-iii
wuxi-fstmoto-fly-3-i
wuxi-fstmoto-fly-3-ii
wuxi-fstmoto-fly-3-iv
fly-3
fly-3 2

SUMBER: Electrek.co

Related

639
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EV, fly-3, motosikal eletrik, roda2, sportbike, Streetbike Elektrik, Streetbike EV, WUXI FST MOTO, Wuxi FST Moto International

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev