• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!

Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!

April 12, 2021 By Aryon Leave a Comment

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vietnam melancarkan Winner X Edisi Terhad (2021) pada 27 Mac lalu yang didatangkan dengan gaya baharu lebih segar dan sporty pada harga jualan 45.99 juta dong (RM8,250), sama seperti varian pertengahan model itu.

Ramai mungkin sudah tengok foto studio model edisi terhad itu, tetapi bagaimanakah pula versi sebenar? Ada tidak jauh berbeza atau mungkin lebih lawa?

BACA >>> Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Kini di Vietnam, Harga RM8.2k, Tapi Tiada ABS

Jadi artikel kali ini kami siarkan beberapa foto Winner X Edisi Terhad (2021) versi real yang dirakamkan di bilik pameran Honda Vietnam, dipetik daripada portal permotoran Vietnam, MotoSaigon.

Seperti sedia maklum, model edisi terhad ini cuma menampilkan perubahan kosmetik menerusi rekaan grafik dekal baharu dan kombinasi warna badan hitam-merah yang diadun sempurna. Tidak salah kalau kami katakan ini ialah versi Winner X paling cantik setakat ini.

Gaya badan seperti ini juga sepatutnya dijadikan rujukan dan penanda aras untuk RS150 generasi kedua yang bakal dibawa masuk Boon Siew Honda (BSH) nanti.

Sekarang kita ulang kaji sedikit spesifikasi Winner X. Supermoped ini dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 149.1cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 15.4hp @ 9,000rpm dan tork 13.5Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

Ciri paling istimewa kapcai ini ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Jika masuk pasaran Malaysia, RS150R V2 akan menjadi supermoped kedua dibekalkan ciri ini selepas SYM VF3i.

Sekarang, jom kita klayan dulu foto real Winner X Edisi Khas (2021):

BACA >>> #BikinMotor: Honda Winner X Ini Sentuhan Anak Malaysia
BACA >>> Mat Motor Vietnam Mengadu Asap Ekzos Honda Winner X 'Tembak' Muka Orang Belakang

Related

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Honda, Honda Motor Vietnam, Honda Winner Edisi Terhad (2021), Honda Winner X, Honda Winner X Limited Edition (2021), roda2, Supermoped, Vietnam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev