JIKA Benelli di Malaysia memperkenalkan supermoped R18i, di peringkat global pula pengeluar dari Itali itu baru-baru ini melancarkan sportbike fairing aras mula 302R dengan menampilkan kemas kini signifikan supaya tampil kompetitif di pasaran.
Di pasaran China, model ini dijual pada harga 29,800 yuan (RM18,810), dan akan bersaing dengan model lawan seperti Ninja 300 dan KTM RC390.
302R (2021) kini nampak lebih tajam dan agresif dari setiap sudut dengan rupa depan slik. Berikut perincian ringkas mengenai sportbike tersebut:
- Dilengkapkan lampu projektor vertikal dan diapit lampu signal belok LED.
- Keseluruhan panel badan ditambah baik, termasuk frem yang direka lebih ringan berbanding model lama. Atas kertas, 302R (2021) lebih ringan 22kg dengan berat keseluruhan 182kg.
- Mengenai enjin, model ini masih dijana enjin patuh Euro5 302cc Parallel-Twin penyejukan cecair berkuasa 34.5hp @ 11,000rpm dan tork 27Nm @ 9,000rpm serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan. Walaupun angka kuasa sedikit direndahkan, tetapi berat badan lebih ringan, , model ini pasti menjanjikan keseronokan menunggang yang mengujakan.
- Menampilkan panel meter TFT digital penuh menggantikan meter analog pada model terdahulu. Antara maklumat dipaparkan ialah spifometer, takometer, bar petrol, suhu enjin dan indikator posisi gear.
- Bahagian roda mendapat fork 41mm jenis prabeban boleh laras dan monoshock di belakang, juga boleh laras. Bahagian brek digalas unit dwi-brek cakera dengan kaliper 4-piston di depan dan brek cakera tunggal di belakang.
Memandang 302R berada dalam senarai sportbike Benelli di Malaysia, model edisi 2021 dijangka bakal memasuki pasaran tempatan tahun ini. Kali terakhir 302R diperkenalkan di negara ini adalah pada 2017, yang juga menjadi sportbike 300cc paling murah Malaysia.
BACA >>> Benelli 302R Dijual Pada Harga RM21,888 - Model 300cc Paling Murah Di Malaysia
BACA >>> Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
Leave a Reply