• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / VIDEO: Mampukah Proton Saga 2016 Ini Memikat Hati Anda?

VIDEO: Mampukah Proton Saga 2016 Ini Memikat Hati Anda?

September 28, 2016 By Abang GYL 1 Comment

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

proton saga 2016PROTON Saga 2016 baru saja dilancarkan secara rasmi. Yang pasti kemunculan kereta rakyat ini bakal menggembirakan rakyat Malaysia yang sememangnya ternanti-nanti kehadirannya.

Hadir dengan rekabentuk serba baharu dan teknologi terkini, model Proton yang diwarisi sejak 31 tahun lalu dijual pada harga bermula RM37,800. Persoalannya, mampukah Proton Saga 2016 menambat hati pembeli negara ini?

proton saga 2016ENJIN 1.3L

Untuk makluman, Proton Saga 2016 hanya didatangkan dengan enjin 1.3L, yakni menggunakan 'jantung' yang sama seperti model Iriz.

Tiada lagi enjin 1.6L diperkenalkan pada varian Proton Saga 2016. Paling penting, tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH meningkat pada paras terbaik. Ini kerana Proton sudah melakukan beberapa penambahbaikan seperti 3-poin mounting untuk menjadikan enjin lebih senyap.

Turut dibekalkan bersama ialah indikator mod ECO sebagai panduan untuk pemanduan lebih ekonomi, termasuk ciri keselamatan premium yang mendapat penarafan ujian perlanggaran 4-bintang Asean NCAP untuk semua varian.

BACA>>> Pandu Uji Atas Trek + Foto Teaser: Proton Saga 2016 Siap Siaga Turun Jalan!

proton saga 2016REKABENTUK LEBIH SPORTY

Proton Saga 2016 menampilkan desain serba baharu dengan perubahan total pada rupa depan dan belakang. Profil depan lebih menonjol dengan kehadiran logo baharu bersaiz besar dan diapit gril ‘Proton Wing’ yang direka berganda. Rekaan lampu depan juga diperkemas.

Begitu juga lampu belakang turut direka semula seratus peratus dengan gaya kombi, sekali gus menyerlahkan visual badan kereta yang lebih lebar dan panjang. Bawah bampar pula menutup terus kelibat paip ekzos.

BACA>>> Rekaan Belakang Proton Saga Baharu Yang Memberahikan Oleh Ajerul Antoine

Proton Saga 2016DALAMAN SEGAR

Persembahan dalaman diperkemas, terutama sekitar panel utama papan pemuka yang menempatkan set audio dan kawalan penyaman udara. Kini rekaletak jadi lebih kemas, kompak dan teratur bersama tona warna seragam.

Stereng baharu dengan logo vinil memberikan fiil mewah, manakala material kerusi daripada fabrik untuk semua varian. Tempat duduk depan dinipiskan dengan rekaan lekuk di belakang kerusi bagi mendapatkan lebih ruang kelegaan kaki penumpang belakang. Lutut tidak lagi bergesel dengan kerusi depan.

Untuk memudahkan anda memahami kelebihan dan ciri-ciri yang ada pada Proton Saga 2016, apa kata kita saksikan video ini.

https://www.youtube.com/watch?v=D1f7En2ZSz0&feature=youtu.be

Related

406
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Autotainment Tagged With: Ciri Proton Saga, Proton, Proton Saga 2016, Proton Saga Baharu

Comments

  1. fadzil says

    September 29, 2016 at 2:36 PM

    Logo proton lebih cantik kalau ia berwarna krom sahaja sbgmana warna logo honda dan toyota...mohon dpt majukan cadangan ini ke pihak pengurusan proton...tq.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my