Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
Auto Terkini

Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MFORCE Bike Sdn Bhd sebentar tadi melancarkan supermoped 180cc yang dinantikan ramai peminat kapcai Malaysia, Benelli R18i pada harga RM7,999, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Ada dua varian ditawarkan, R18i Standard dan Special Edition (SE). Varian R18i standard ditawarkan dalam pilihan warna merah dan hitam dengan rim sport berwarna hitam berserta aksen merah, manakala varian SE berwarna biru dengan rim floresen kuning.

Berikut spesifikasi R18i (2021):

  • Dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 174cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 18hp @ 9,500rpm dan tork 15.1Nm @ 7,000rpm, serta dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Menggunakan terotel badan 34mm dengan tiga palam pencucuh untuk pembakaran lebih efisien. Sistem penghidup jenis elektrik dan tiada penghidup tendang (kick starter) disediakan sebagai sandaran.
  • Sistem suspensi dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock KYB (Kayaba) boleh laras di belakang memberikan tahap kestabilan dan pengendalian terbaik, terutama ketika di selekoh.
  • Saiz tayar depan 80/80-17, manakala saiz tayar belakang 120/70-17.
  • Sistem brek menggunakan cakera tunggal 240mm dengan kaliper dwi-piston (depan), dan cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston tunggal (belakang). Varian SE dibekalkan tuil brek tangan dan tuil klac boleh laras.

  • Menggunakan panel meter LCD digital penuh multi-info yang memaparkan pelbagai maklumat tunggangan seperti jam, posisi gear, takometer, spidometer, suhu enjin, baki petrol, jarak dan trip tunggangan, serta voltan bateri, termasuk indikator signal belok, lampu suluh tinggi dan amaran enjin.
R18i
  • Lampu depan jenis projektor dan disertakan bersama lampu siang (DRL) LED untuk menghasilkan suluhan cukup cerah dan terang yang pasti memberikan ekstra keselamatan buat penunggang, terutama ketika menunggang malam.

  • Lampu belakang juga jenis LED dengan lampu signal belok dipisahkan di bawah dalam unit berasingan. Walaupun direka kompak, teknologi LED digunakan memberikan tahap kecerahan secukupnya (tanpa menyilaukan mata) kepada pengguna belakang supaya perasan kelibat penunggang.
  • Berat kapcai ini cuma 126kg dengan ketinggian pelana 787mm. Kapasiti tangki petrol 4.8 liter.
  • Memiliki dimensi badan panjang 2,010mm, lebar 675mm dan tinggi 1,150mm. Jarak lega bumi 145mm, manakala jarak roda 1,325mm.

R18i (2021) kini boleh didapati di bilik pameran dan premis jualan bermula esok, 12 April 2021. Setiap pembelian disertakan bersama waranti pengilang dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> MForce Bike Kongsi Video Acah Kelajuan Supermoped Benelli, Cecah 150kmj!
BACA >>> #Spyshot: RS150R (2021) V2 Sedang Diuji di Pulau Pinang?
BACA >>> Yamaha Y16ZR VVA (2021) Lancar di Malaysia, Harga RM10,888!

Benelli R18i
R18i
Benelli R18i Special Edition (2021)
Benelli R18i Standard Red (2021)
Benelli R18i Standard Black (2021)
Benelli Kapcai 180cc Benelli R18i (2021) Benelli Supermoped Kayaba Pesaing Yamaha Y16ZR
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.