KALAU Yamaha dikhabarkan sedang membangunkan sportbike middleweight 700cc menggunakan enjin MT-07, pesaingnya pula, Kawasaki dikatakan bakal memperkenalkan Ninja 700R serba baharu. Jika benar, model itu akan menjadi taruhan Kawasaki untuk bersaing dalam pasaran middleweight pada masa akan datang.
Regulasi emisi ketat membuatkan banyak pengeluar tidak mahu terburu-buru mengeluarkan produk motosikal masing-masing, terutama kelas middleweight. Cabarannya adalah menghasilkan motosikal lebih berkuasa dan pada masa sama patuh peraturan emisi Eropah.
BACA >>> Yamaha YZF-R7 Bukan Khabar Angin, Dokumen Daftar Sudah Hantar
Tambahan lagi setiap pengeluar motosikal Jepun memiliki produk middleweight 4-silinder 600ccc, cuma gagal melepasi pasaran Eropah disebabkan syarat emisi. Jadi produk dua roda dibangunkan bukan saja perlu lebih berkuasa dan canggih, tetapi juga patuh regulasi.
Mengenai Kawasaki, pengeluar itu dijangka menghasilkan trenkuasa dwi-silinder 700cc daripada kemas kini dilakukan terhadap enjin dwi-silinder Ninja 650. Bukan saja sesaran enjin, pengeluar itu juga perlu mempertaruhkan ciri dan teknologi lebih moden supaya sepadan dengan nilai harga yang dijangka lebih mahal.
Sekurang-kurangnya Kawasaki perlu menyaingi lawan dwi-silinder sedia ada seperti Aprilia RS660 yang disukai ramai penunggang kerana menawarkan ciri motosikal kelas atasan.
Pastinya ramai tidak sabar menantikan Ninja 700R ini.
BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
Leave a Reply