• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Peminat Hasilkan Lakaran Digital Toyota GR 86 (2022) dengan Rupa Lebih Sporty

Peminat Hasilkan Lakaran Digital Toyota GR 86 (2022) dengan Rupa Lebih Sporty

April 7, 2021 By Shawkath Leave a Comment

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA mengesahkan model sport 86 akan memakai lencana baharu iaitu GR 86 dan bakal ditawarkan ke pasaran Jepun menjelang musim luruh (September) tahun ini. Pengumuman tersebut dibuat selepas lima bulan Subaru mendedahkan generasi kedua BRZ yang dibangunkan menerusi kerjasama dua pengeluar automotif Jepun itu.

Ramai percaya GR 86 (2022) yang menyertai dua model famili GAZOO Racing, iaitu Supra dan Yaris, akan memiliki gaya dan rekabentuk berbeza daripada BRZ.

Pemilik akaun instagram Carfrontswaps berkongsi beberapa lakaran digital (rendering) yang menjadi tular di Internet. Berikut perbezaan dikesan:

  • Melihat pada aspek rekabentuk, GR 86 dan BRZ tidak jauh berbeza kecuali beberapa bahagian bawah yang ditala untuk menjadikan produk Toyota lebih agresif.
  • Gril GR 86 nampak lebih maskular berbanding BRZ yang berbentuk seperti senyuman lebar. Ventilator udara di sisi bampar GR 86 berbentuk L, manakala BRZ seperti bentuk titisan air.

  • Perumah cermin sisi dan rim GR 86 dihitamkan, BRZ pula menggunakan warna sama seperti badan.
  • Kerjasama penghasilan generasi kedua model sports itu, menerusi projek dinamakan Toyobaru (gabungan model generasi pertama BRZ dan 86) bertujuan menyelesaikan kelemahan utama kedua-dua model.

  • Langkah pertama, menukar kapasiti trenkuasa daripada 4-silinder 2.0L aspirasi biasa (NA) kepada 2.4L NA dengan bilangan silinder sama. Tambahan kapasiti itu membantu penghasilan kuasa 232hp dan tork 250Nm.
  • Dua transmisi mungkin ditawarkan iaitu manual 6-kelajuan atau automatik untuk hantaran kuasa ke roda belakang. Sebagai perbandingan, model lama 86 dipacu enjin 2.0L yang menjana 204hp dan tork 212Nm.
  • Dimensi kereta GR 86 dikatakan meningkat dengan tambahan berat sekitar 13.6kg, tetapi masa pecutan 0-100kmj menurun daripada 7.4 saat kepada 6.3 saat.

  • Ruang kabin mendapat rombakan signifikan, khususnya papan pemuka dan stereng. Bahagian atas papan pemuka GR 86 lebih landai dengan ventilator penyaman udara kembar lebih nipis. Dua lagi ventilator udara di sisi papan pemuka tidak lagi bergaya klasik, tetapi direka seperti kipas berdiri.
  • Unit infotainment jenis apung menghiasi papan pemuka GR 86 dengan rekaan dan susun atur butang kawalan audio dan penyaman udara lebih menarik. Stereng hambar 86 lama digantikan dengan rekaan lebih sporty. Kluster instrumen 7 inci pada juga lebih segar berbanding model sebelumnya.
  • Ketegaran suspensi torsion ditingkatkan 50 peratus lebih baik berbanding generasi terdahulu untuk kawalan pengendalian lebih baik.
  • Tahun lalu, cuma 12,600 pelanggan membeli 86 dan BRZ yang mana model Toyota lebih disukai dengan jualan mencapai 64 peratus. Ia diyakini reputasi dimiliki plat nama 86.
Toyota GR 86 -12
Toyota GR 86 -14
Toyota GR 86 -13
Toyota GR 86 -5
Toyota GR 86 -6
Toyota GR 86 -8
Toyota GR 86 -9
Toyota GR 86 -7

SUMBER: AutoEvolution

Related

144
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Gazoo Racing Supra, Gazoo Racing Yaris, Kereta Sports, Roda4, Subaru BRZ, Toyota, Toyota 86, Toyota GR 86

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev