YAMAHA Motor Vietnam memperkenalkan Exciter 155 spesifikasi lumba selepas pelancaran kapcai berkenaan pada Disember tahun lalu dengan mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran negara jiran itu.
Modifikasi dibuat tidak mengubah asas rekabentuk supermoped tersebut, cuma membabitkan pengubahsuaian asas yang memenuhi spesifikasi trek seperti menanggalkan beberapa unit komponen utama untuk mendapatkan efek aerodinamik, dan memasang komponen prestasi untuk mendapatkan ekstra kuasa.
BACA >>> Yamaha Vietnam Perkenal Aksesori Tulen untuk Exciter 155, Harga Serendah RM36
Berikut modifikasi dilakukan:
- Set lampu depan dan lampu belakang ditanggalkan, dan digantikan panel plastik hitam.
- Cip sistem pemasaan dipasangkan untuk merekodkan masa setiap lap dan jarak antara motosikal.
- Menggunakan set tayar komersial jenama IRC MBR-110 untuk cengkaman atas jalan lebih baik.
- Sistem brek masih komponen asal, iaitu cakera tunggal dengan kaliper dwi-piston untuk roda depan dan cakera tunggal dengan kaliper piston tunggal di belakang.
- Hujung hendal dipasangkan gad tangan Racing Boy (RCB) sebagai ciri keselamatan tambahan.
- Panel meter ditanggalkan dan ditutup panel plastik hitam, manakala bar hendal kekal seperti asal.
- Pelana masih standard seperti model sedia ada di pasaran. Madgad belakang dan cermin sisi ditanggalkan.
- Peg kaki ditukar kepada unit RCB, manakala ekzos standard diubah kepada jenama Sakura untuk meningkatkan sedikit angka kuasa.
- Tiada maklumat didedahkan mengenai modifikasi trenkuasa.
BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
SUMBER: Zingnews
Leave a Reply