• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kereta Suzuki Kembali di Malaysia! Kini di Bawah Naza Eastern Motors

Kereta Suzuki Kembali di Malaysia! Kini di Bawah Naza Eastern Motors

April 4, 2021 By Shawkath Leave a Comment

802
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAZA Eastern Motors Sdn Bhd (Naza Eastern Motors) dilantik sebagai syarikat bertanggungjawab mengedarkan kenderaan baharu jenama Suzuki di Malaysia. Pengumuman itu dibuat pada ulang tahun ke-45 penubuhan Naza Group, iaitu syarikat induk kepada Naza Eastern Motors.

Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin menganggap kerjasama dengan gergasi automotif Jepun (Suzuki Motor Corporation) itu sebagai satu penghormatan.

Naza Eastern Motors menyatakan komitmen untuk:

  • Meneruskan pembinaan reputasi kukuh jenama Suzuki di Malaysia
  • Menawarkan produk-produk berkualiti yang boleh dipercayai, diinginkan pembeli dan ceria.
  • Bakal memperkenalkan model-model baharu.
  • Menjual dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan untuk kenderaan Suzuki generasi baharu sahaja.

BILIK PAMERAN 3S PERTAMA SUZUKI

Premis seluas 3,000 kaki persegi itu akan ditempatkan di bangunan Naza Automall di Petaling Jaya, Selangor. Sebagai permulaan, dua model kenderaan Suzuki popular akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia, tahun ini.

Agaknya, apakah model baharu itu? Kami hampir pasti salah satu model itu ialah Swift yang pernah menggegarkan pasaran hatchback negara suatu masa dulu.

BACA >>> Suzuki-bakal-tamat-operasi-di-malaysia
BACA >>> Berjaya, Bermaz Sah Ambil Alih Pengedaran Peugeot di Malaysia daripada Naza
BACA >>> Suzuki Swift - Raja Kereta India, Terjual 100k Unit Tidak Sampai 5 Bulan!

Related

802
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: NAZA Eastern Motors Sdn Bh, Naza Group, Naza Suzuki, SM Nasarudin SM Nasimuddin, Suzuki Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev