• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Bangunkan Ninja 700? Model Konsep Dijangka Tayang Awal Tahun Depan

Kawasaki Bangunkan Ninja 700? Model Konsep Dijangka Tayang Awal Tahun Depan

April 2, 2021 By Aryon Leave a Comment

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERLEGAR desas-desus di media sosial Jepun mengenai Kawasaki kini sedang membangunkan model sportbike middleweight baharu dengan kapasiti enjin dipertingkat, iaitu Ninja 700.

Khabar angin tersebut menyatakan model berkenaan akan menggantikan Ninja 650. Jadi beberapa penambahbaikan akan dibuat dari segi rekabentuk dan trenkuasa yang mengambil ilham daripada model 650 itu sendiri.

Pengenalan model itu juga dikatakan sebagai usaha Kawasaki untuk berdepan saingan jentera 700cc dikeluarkan pesaing seperti Yamaha MT-07. Tambahan lagi, Kawasaki sudah cukup lama berada dalam segmen 650cc dan memerlukan sportbike middleweight baharu yang lebih segar dan bertenaga supaya dapat terus kekal relevan.

Bagaimanapun, tiada sebarang butiran lanjut mengenai Ninja 700 baharu itu, tetapi versi model konsep dijangka ditayangkan seawal suku pertama tahun depan.

Berdasarkan spesifikasi Ninja 650 ABS di Malaysia, sportbike itu dijana enjin 4-lejang 8-injap 649cc DOHC Parallel-Twin penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api dan dwi-injap terotel yang menghasilkan kuasa 66hp @ 8,000rpm dan tork 65.7Nm @ 6,500rpm.
Hantaran kuasa disalurkan transmisi manual 6-kelajuan.

BACA >>> Kawasaki Jepun Perkenal Warna Baharu Ninja 650 (2021)
BACA >>> Sumber: Modenas Takkan Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R?

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Ninja 700, roda2, sportbike, Sportbike Middleweight

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev