• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tiga Syarikat Honda Thailand Bergabung Kuasai Pasaran Motosikal Masa Depan

Tiga Syarikat Honda Thailand Bergabung Kuasai Pasaran Motosikal Masa Depan

April 6, 2021 By Shawkath Leave a Comment

566
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA mengumumkan strategi penggabungan tiga syarikat berbeza operasi menjadi satu entiti bersekutu dalam usaha melancarkan aspek pengurusan perniagaan pembuatan, penghasilan pelbagai jenis enjin dan pengedaran motosikal di Thailand.

Tiga syarikat itu terdiri daripada AP Honda Co Ltd (AP Honda ), Thai Honda Manufacturing Co Ltd dan HPD Co Ltd Share Holding, yang membentuk entiti syarikat baharu dinamakan Thai Honda Manufacturing Company Limited dan suda mula beroperasi 31 Mac lalu.

Ketua Operasi Staf (SOC) untuk Asia dan Oceania Honda Motor Co Ltd, Masayuki Igarashi berkata, penggabungan itu membabitkan segmen perniagaan jualan dan pengeluaran.

Menurutnya, entiti baharu itu akan membantu mengukuhkan perniagaan Honda di Thailand dan memenuhi keperluan pengguna serta bersedia untuk keperluan pasaran akan datang. Manfaat gabungan ketiga-tiga syarikat itu juga diyakini dapat mengurangkan pembaziran masa operasi, menghasilkan produk enjin menjangkaui standard sedia ada dan menawarkan kepuasan maksimum kepada pelanggan.

Shigeto Kimura

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AP Honda, Shigeto Kimura kini menggalas tugas sebagai CEO pertama Thai Honda Manufacturing.

Saluran pengagihan motosikal dan enjin Honda di Thailand dikekalkan seperti sebelum ini, iaitu melalui rangkaian Honda Wing Center. Bagi motosikal dengan kapasiti enjin lebih 400cc, edara akan dibuat melalui Honda Big Wing Center.

BACA >>> Honda Kekal Kuasai Pasaran Motosikal Thailand, 32 Tahun Berturut-Turut!
BACA >>> Honda Thailand Perkenal CBR650 dan CB650R (2021) Baharu dengan Warna Baharu, Pengecas USB

SUMBER: HondaThailand

Related

566
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Honda Thailand, Masayuki Igarashi, Penggabungan Honda Thailand, Shigeto Kimura, Thai Honda Manufacturing Company Limited, Thai Honda Merged

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my