• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Masalah Beg Udara, Audi AS Panggil Balik 153,152 Kereta

Masalah Beg Udara, Audi AS Panggil Balik 153,152 Kereta

April 1, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Group di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan notis panggil balik melibatkan 153,152 unit model Audi selepas mengesan masalah tetapan beg udara bahagian penumpang. Kerja baik pulih akan dimulakan  21 Mei depan. 

Model itu melibatkan 113,164 unit A3 (2015-2020), 9,573 unit A3 e-tron (2016-2018), 14,532 unit S3 (2015-2020) dan 4,147 unit S3 Sedan (2017-2020) yang mana semua untuk pasaran AS.

Audi A3 sedan
Audi S3 sedan

Menerusi kenyataan Audi yang dikeluarkan Pentadbiran Keselamatan Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), masalah berpunca daripada kegagalan Sistem Pengesanan Penumpang (Passenger Occupant Detection System, PODS) untuk mengesan kehadiran penumpang yang menyebabkan beg udara dimatikan.

Masalah ini sudahpun ada pada model A3 (2013-2019) dipanggil balik akibat masalah sama. Pada 2019, Audi memasang sambungan dan tetapan wayar PODS lebih baik, tetapi aduan sama diterima semula pada 2020 melibatkan kenderaan sudah dibaik pulih. 

Walaupun kajian dibuat, Audi masih belum menemui punca sebenar masalah berkenaan, dan berdasarkan laporan kepada NHTSA, ada ‘masalah tambahan’ mengenai isu berkenaan. Pada masa sama, pengeluar automotif dari Jerman itu turut menegaskan tiada kemalangan dan kecederaan yang berlaku melibatkan isu tersebut. 

BACA >>> Susah Lepasi Regulasi Emisi, Audi Putus Asa Bangunkan Enjin Pembakaran Dalaman
BACA >>> Enjin Terbakar Tiba-Tiba, 380,000 Kereta Kia Kena Panggil Balik

SUMBER: Car and Driver

Related

116
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Airbag, Audi, audi a3 e-tron, audi a3 sedan, audi s3, audi s3 sedan, Auto Terkini, Recall, Volkswagen Group

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev