• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Jetta Baharu (2016) - RM6,000 Lebih Murah Berbanding Model Terdahulu

Volkswagen Jetta Baharu (2016) - RM6,000 Lebih Murah Berbanding Model Terdahulu

September 26, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

volkswagen jetta baharuSETELAH agak lama berdiam diri, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Volkswagen Jetta baharu yang dijual pada harga lebih mampu milik.

Hadir dalam tiga varian, Volkswagen Jetta baharu dijual pada harga serendah RM108,990 hingga RM128,990. Lebih menarik, harga jualan Volkswagen Jetta baharu adalah RM6,000 lebih murah berbanding model terdahulu. Bukan saja harga lebih murah, ciri yang disematkan pada Jetta baharu adalah lebih baik.

HARGA

  • Volkswagen Jetta Trendline - RM108,990
  • Volkswagen Jetta Comfortline - RM117,990
  • Volkswagen Jetta Highline - RM128,990

volkswagen jetta baharu4 PILIHAN WARNA

  • Candy White - Putih
  • Platinum Grey - Kelabu
  • Reflex Silver - Perak
  • Deep Black - Hitam

JAMINAN

  • Lima tahun tanpa had perbatuan bersama bantuan tepi jalan.

Mula diperkenalkan pada 2011 ke pasaran Malaysia, Volkswagen Jetta baharu hadir dengan penampilan lebih sporty dan jimat minyak.

Lebih menarik, harga jualan adalah lebih murah sekitar RM20,000 berbanding versi sebelum ini (kena check)

volkswagen jetta baharuPRESTASI

Hadir dengan enjin turbo tunggal 1.4L TSI generasi baru, Volkswagen Jetta baharu mampu menghamburkan kuasa sebanyak 148hp pada 5,000 - 6,000rpm bersama tork puncak 250Nm (1,500 - 3,500rpm).

Hasil bantuan kotak gear direct shift (DSG) 7-kelajuan, pecutan dari sifar 100kmj mampu dibuat sepantas 8.6 saat. Dari segi penjimatan bahan api, Volkswagen Jetta baharu menawarkan penggunaan bahan api sekitar 5L per 100km.

Ia juga menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang dilengkapi dengan ciri start/stop. Ciri ini berfungsi mematikan dan menghidupkan enjin pembakaran dalaman secara automatik bagi mengurangkan masa enjin melahu.

Bersama ciri mirip kenderaan hibrid, ia amat berguna ketika berdepan situasi kesesakan teruk. Kesimpulannya, Jetta baharu menawarkan penggunaan bahan api ekonomi. Malah, juga mesra alam.

volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu

LUARAN

Berbanding model terdahulu, Jetta baharu menampilkan garis-garis elegan, tahap aerodinamik lebih baik bersama gril, bampar hadapan dan lampu bampar belakang baharu.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Volkswagen Jetta baharu adalah;

  • Rim aloi “Queensland” bersaiz 17-inci (Highline)
  • Gril krom
  • Lampu kabus hadapan dan belakang LED
  • Lampu utama Bi-Xenon lampu nyalaan siang LED
  • Lampu dengan fungsi ‘Leaving Home’ dan ‘Coming Home’ secara manual
  • Sistem pembersihan lampu utama

volkswagen jetta baharuDALAMAN

Memasuki ruang kabin, model pemasangan tempatan (CKD) dari Pekan, Pahang itu hadir dengan ciri kemasukan tanpa kunci KESSY, butang penghidup enjin, stereng multi-fungsi dibaluti kulit bersama pedal anjakan (paddle shifter).

Untuk memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang, Jetta hadir dengan;

  • Tempat duduk dibalut upholsteri kulit ‘Vienna’
  • Tempat duduk pemandu ekektrik 12 cara
  • Perehat tangan boleh laras
  • Corong pendingin hawa belakang
  • Sistem pendingin hawa automatik “dual-Climatronic”
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu

KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Biarpun dijual pada harga lebih murah, aspek keselamatan tetap menjadi keutamaan Volkswagen Jetta baharu. Antara ciri keselamtan yang disematkan dalam Volkswagen Jetta baharu adalah;

  • 6 beg udara
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Intelligent Crash Response System (ICRS)
  • Hill-hold Control
  • Sistem penggera anti-kecurian bersama sistem pemantauan dalaman
  • ISOFIX

GALERI

volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen-jetta-baharu-2016_pandulajudotcomdotmy-3
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen-jetta-baharu-2016_pandulajudotcomdotmy-7
volkswagen-jetta-baharu-2016_pandulajudotcomdotmy-8
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu
volkswagen jetta baharu

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: EEV, Jetta, kenderaan cekap tenaga, Volkswagen Jetta baharu, Volkswagen Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia, VPCM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev