• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Suku Pertama Perodua Naik 29 Peratus, 14,574 Ativa Terjual, Varian AV Paling Laris!

Jualan Suku Pertama Perodua Naik 29 Peratus, 14,574 Ativa Terjual, Varian AV Paling Laris!

April 1, 2021 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA mencatatkan angka jualan luar biasa bagi suku penggal pertama tahun ini dan terima kasih kepada model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak baharu, Ativa yang merekodkan 14,574 unit tempahan sejak dibuka 19 Februari lalu.

Sokongan luar biasa untuk model SUV tersebut membantu Perodua meraih rekod jualan cemerlang, iaitu kira-kira 57,911 unit kenderaan untuk tiga bulan pertama tahun ini (Januari-Mac 2021), mengatasi angka jualan tahun lalu (44,977 unit) dalam tempoh masa sama.

Jualan
  • Suku pertama 2021 - 57,911 unit
  • Suku pertama 2020 - 44,977 unit
  • Perbezaan - Naik 29 peratus
Pengeluaran
  • Suku pertama 2021 - 60,383 unit
  • Suku pertama 2020 - 49,280 unit
  • Perbezaan - Naik 23 peratus
Perodua

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata;

Mac menyaksikan peningkatan jumlah jualan kepada 24,433 unit didorong permintaan tinggi, terutama Ativa yang menerima 14,574 tempahan sejak dibuka untuk pesanan 19 Februari lalu."

Prestasi Pendaftaran Februari 2021 dan Mac 2021
  • Mac 2021 - 24,433 unit
  • Februari 2021 - 16,583 unit
  • Pendaftaran Kenderaan Perodua - Naik 47.3 peratus

TEMPAHAN ATIVA LONJAK JUALAN

Perodua setakat ini menerima tempahan 14,574 unit Ativa dan sudah menyerahkan 4,345 unit kepada pembeli sejak 3 Mac lalu, iaitu hari pelancaran SUV tersebut. Hampir 67 peratus tempahan diterima membabitkan varian paling tinggi, AV.

Zainal Abidin berkata lagi;

Buat masa ini, cabaran terbesar kami adalah kekurangan cip semikonduktor yang memberi pelbagai kesan kepada setiap pengeluar kenderaan pada skala global.

Kami sedang bekerjasama dengan rakan niaga untuk mencari bekalan alternatif dan pada masa sama memantau situasi setiap hari untuk memastikan operasi pengeluaran berterusan."

Zainal mengesahkan Perodua masih mampu mencapai sasaran jualan 2021, iaitu sebanyak 240,000 unit walaupun berdepan isu kekurangan cip. Sasaran jualan tersebut mewakili peningkatan 9 peratus daripada 2020 (220,163 unit) dan dijangka membawa kepada rekod perbelanjaan RM6.5 bilion tahun ini untuk pembelian komponen tempatan.

Perodua juga mensasarkan pengeluaran 272,000 unit (+23 peratus daripada 220,968 unit pada 2020) dan 2.4 juta pengambilan servis (+20 peratus daripada 2 juta pengambilan servis pada 2020) tahun ini.

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jualan Perodua Januari-Mac 2021, Perodua Ativa Jualan, Perodua Ativa Laris 2021, Perodua Jualan, Perodua Jualan Suku Pertama 2021, Prestasi Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev