• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusingan Pertama GP Qatar Selesai, Apa Rekod yang Pecah?

Pusingan Pertama GP Qatar Selesai, Apa Rekod yang Pecah?

March 29, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

304
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERLUMBAAN pertama GP Qatar yang berlangsung sejak tiga hari lalu menyaksikan pelbagai rekod dipecahkan barisan pelumba Kejuaraan Dunia MotoGP 2021. Antaranya ialah rekod pusingan terpantas dan kelajuan maksimum paling tinggi.

Ia dimulakan pelumba kelas Moto3, Darryn Binder daripada pasukan Petronas Sprinta Racing yang memecahkan rekod pusingan terpantas di Litar Antaravangsa Losail dengan catatan masa 2:04:354 berbanding rekod asal (2:04.561) pada sesi awal pusingan kelayakan. Namun tidak berhenti di situ, dia merekodkan masa lebih pantas, iaitu 2:04.075 pada sesi seterusnya.

Senarai sembilan pelumba terpantas pada pusingan kelayakan GP Qatar 2021.

Dalam kelas MotoGP pula, pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia memecahkan rekod dipegang Marc Marquez sebelum ini (1:53.380) dengan mencatatkan masa 1:52.772. Ini kali pertama pelumba MotoGP merekodkan masa di bawah 1 minit 53 saat. Lebih menarik, lapan pelumba terpantas pada pusingan kelayakan MotoGP mencatatkan masa lebih pantas daripada rekod Marquez. 

Pelumba veteran Petronas Yamaha SRT, Valentino Rossi juga tidak kurang hebat apabila memecahkan rekod peribadi sendiri di Losail dengan mencatatkan masa 1:53.114. Beliau juga pelumba keempat terpantas, tetapi hanya berpuas hati dengan tempat ke-12 pada aksi akhir semalam.

Jentera Ducati terus menunjukkan taringnya di Losail apabila pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco memecahkan rekod kelajuan maksimum terpantas dengan mencapai kelajuan 362.4kmj pada aksi kelayakan. Lebih menarik, dua lagi pelumba Ducati, Jorge Martin (Pramac Ducati) dan Jack Miller (Ducati Lenovo Team) turut melepasi rekod lama milik Dovizioso (356.7kmj) apabila masing-masing mencatatkan 358.8kmj dan 357.6kmj.

Pusingan seterusnya masih lagi berlangsung di trek sama di Qatar dalam dua minggu akan datang. Adakah rekod baharu akan tercipta lagi?

BACA >>> Ducati Laju, Tapi Vinales yang Menang GP Qatar
BACA >>> Zarco Henjut Ducati Sampai 352kmj di Qatar!

Related

304
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: darryn binder, Ducati, Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia, Johann Zarco, losail, Moto3, MotoGP, MotoGP 2021, Petronas Sprinta Racing, Pramac Ducati, Qatar GP, Valentino Rossi, Yamaha, Yamaha Petronas SRT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev