• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tidak Mahu Sama Lagi dengan Subaru BRZ, Debut Toyota 86 Tangguh

Tidak Mahu Sama Lagi dengan Subaru BRZ, Debut Toyota 86 Tangguh

March 25, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WALAUPUN generasi kedua Subaru BRZ sudah dilancarkan dan bakal menemui bilik pameran pada tahun ini, model kembarnya, Toyota 86 masih belum menampakkan kelibat.

Umum mengetahui BRZ dan 86 generasi pertama adalah model yang sama dan berbeza lencana sahaja. Kerjasama antara dua pengeluar Jepun itu berterusan untuk generasi kedua, tetapi kali ini Toyota mahu versi terbaharu nanti tampil berbeza daripada BRZ.

BErdasarkan maklumat sumber enggan dikenali yang diperoleh majalah automotif Jepun, Best Car, Presiden Toyota, Akio Toyoda sendiri mengarahkan pengeluaran Toyota 86 ditangguhkan untuk memberi masa kepada pasukan pembangunan Toyota melakukan lebih banyak perubahan terhadap model sports tersebut.

Dari segi luaran, rupa depan dan belakang 86 khabarnya berbeza daripada BRZ, dan mirip model Toyota lain. Namun, proporsi badan masih sama dengan kembar Subaru itu.

Subaru BRZ generasi kedua debut pada November 2020.

Majoriti perubahan dibuat ke atas 86 membabitkan dinamik pemanduan. Khabar angin mengatakan Toyoda mahu menjadikan 86 lebih pantas daripada BRZ. Malah, pasukan jurutera Toyota sedang berusaha keras menala semua prestasi enjin dan menukar transmisi model berkenaan.  Enjin 86 masih lagi 4-silinder 2.4L aspirasi natural (NA) berkuasa 228hp dan tork 249Nm dalam sistem pacuan tayar belakang dengan opsyen transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 6-kelajuan.

Apapun, masih tiada laporan rasmi mengenai masa debut 86 generasi kedua itu. Namun, ada ura-ura mengatakan kereta sport aras mula Toyota itu akan diperkenalkan pada 2022.

BACA >>> 6 Rookie Debut Vios Challenge Sempena Festival Toyota GAZOO Racing, Hujung Minggu Ini
BACA >>> Toyota Corolla AE86 Kondisi Bilik Pameran Ini Lagi Mahal daripada GR Supra 3.0L

SUMBER: Autoblog

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akio Toyoda, Roda4, RWD, Subaru, Subaru BRZ, Toyota, Toyota 86

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev