• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Bangunkan Reflektor Radar Motosikal untuk Bantu Pemandu Perasan Kelibat Penunggang

BMW Bangunkan Reflektor Radar Motosikal untuk Bantu Pemandu Perasan Kelibat Penunggang

March 25, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad sedang membangunkan sistem reflektor radar motosikal yang akan memudahkan pemandu kenderaan lain menyedari kehadiran penunggang.

Berdasarkan imej paten didedahkan, reflektor radar itu dipasangkan pada bahagian motosikal seperti hujung bar hendal, gandar depan dan gandar belakang yang membolehkan radar kereta mengesan kelibat penunggang dari pelbagai arah.

Reflektor radar itu mungkin dihasilkan menggunakan bahan plastik bagi mengurangkan berat keseluruhan motosikal dalam bentuk bersaiz bola golf dan disalut lapisan logam untuk memantulkan radar kereta lain. Pada masa sama, ia turut berfungsi sebagai pelindung jika berlaku kemalangan kerana bahagian itu yang akan jatuh ke tanah dahulu.

Walaupun kereta moden masa kini dilengkapi pelbagai radar untuk memaklumkan pemandu mengenai situasi sekeliling, tetapi saiz badan motosikal yang kecil kadangkala membuatkan radar gagal mengesan kehadiran penunggang. 

Jadi, teknologi reflektor radar ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan kebimbangan penunggang mengenai kemungkinan kelibat mereka tidak disedari pemandu kenderaan lain. Ini kerana reflektor radar ini akan berfungsi memantulkan semula gelombang radar kereta supaya dapat dikesan. 

Maknanya, selepas ini tidak perlulah lagi rider kita pakai ekzos perang untuk buat pemandu perasan. Setuju? 🙋🏻

BACA >>> BMW M1000RR Jadi Safety Bike untuk MotoGP 2021
BACA >>> Sekawan Rusa Lintas Jalan Mengejut, Pemandu BMW Ini Buat Tindakan Keselamatan Betul

SUMBER: CycleWorld

Related

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: BMW, bmw motorcycles, BMW Motorrad, motosikal, radar, reflector

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev