PENGELUAR motosikal nasional, Modenas memperkenalkan pilihan warna dan grafik baru untuk model Pulsar RS200 yang didatangkan dalam tiga pilihan warna, iaitu Pearl Metallic White (putih), Pewter Grey (kelabu metalik) dan Burnt Red (merah kusam).
Model streetbike itu, yang debut pada Mei 2017, dijual pada harga RM9,990 (tanpa insurans dan cukai jalan). Berikut spesifikasi Pulsar RS200 (2021):
- Selain warna baharu, ciri khas lain versi 2021 ini ialah rim aloi putih, kemasan karbon pada fairing sisi dan fender belakang, serta lencana Pulsar pada pelana.
- Dikuasakan enjin DTS-i 4-lejang 4-injap 199.5cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 24hp dan tork 18.6Nm.
- Sistem brek menggunakan cakera tunggal 300mm di depan dan 230mm di belakang, serta turut dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) saluran tunggal pada brek depan.
- Kapasiti tangki minyak mampu mengisi 13 liter petrol.
- Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik dengan sesendal (bushing) anti geseran di depan, dan monoshock Nitrox di belakang untuk tunggangan menyeronokkan.
Tiada perubahan harga, Pulsar RS200 (2021) akan berada di semua wakil pengedar Modenas sah bermula 26 Mac (Jumaat) ini. Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.modenas.my
BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> Ustaz Ebit Hadiahkan Modenas Kriss MR2 Kepada Pelajar 17 Tahun Kehilangan Ibu
Leave a Reply