• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Malaysia Tawar Rebat Istimewa Hingga RM5k untuk City, BR-V

Honda Malaysia Tawar Rebat Istimewa Hingga RM5k untuk City, BR-V

March 24, 2021 By Shawkath Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia menawarkan rebat istimewa hingga RM5,000 untuk pembelian City Serba Baharu dan BR-V seiring kempen 'Honda 1 Million Dreams' sempena kejayaan mencatatkan jualan terkumpul 1 juta unit kenderaan Honda di Malaysia.

Rebat istimewa itu, dipanggil 'Honda 1 Million Dreams Special Rebate', adalah ganjaran tambahan kepada promosi sedia ada 'Honda 1 Million Dreams March Special', berupa rebat tunai, baucar servis dan baucar alat ganti bernilai RM5,000 kepada pelanggan yang mendaftar City Serba Baharu dan BR-V bermula 16 hingga 31 Mac ini, khas untuk varian S, E dan V.

BACA >>> Sertai Kempen 1 Million Dreams dan Menang 7 Model Honda Edisi Khas!

Honda Malaysia meminta pelanggan yang bercadang membeli City Serba Baharu dan BR-V supaya mendaftar kenderaan mereka di mana-mana cawangan pengedar rasmi sebelum 31 Mac ini untuk menikmati rebat disediakan.

Selain rebat istimewa, Honda Malaysia juga menyediakan tujuh unit kereta edisi khas sebagai hadiah kepada pelanggannya menerusi kempen '1 Million Dreams' yang tamat hari ini. Pemenang bertuah akan diumumkan pada majlis '1 Million Dreams Grand Finale' di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 dan 28 Mac ini (Sabtu dan Ahad) yang bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Honda Malaysia turut mempelawa orang ramai menghadiri acara tersebut dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kerajaan demi keselamatan kesihatan semua pihak. Maklumat lanjut mengenai kempen '1 Million Dreams' boleh merujuk laman web HondaMalaysia.com.my, wakil pengedar rasmi atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.

BACA >>> Honda City RS e:HEV Serba Baharu Umum Harga, RM105k dengan Teknologi Termaju
BACA >>> Koleksi Barangan Eksklusif Honda Malaysia Boleh Beli di Shopee!

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 1 Million Dreams Grand Final, Honda 1 Million Dreams Special Rebate, Honda City Serba Baharu, Honda Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev