• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kymco Like 125 Sport (2021) Lancar untuk Pasaran Eropah, Harga RM13.2k

Kymco Like 125 Sport (2021) Lancar untuk Pasaran Eropah, Harga RM13.2k

March 19, 2021 By Han Othman Leave a Comment

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KYMCO Like 125 Sport (2021) baru saja lancar untuk pasaran Eropah yang menggabungkan gaya klasik dan teknologi moden. Model baharu versi sport ini mendapat naik taraf menyeluruh dari segi penampilan dan ciri.

Berikut naik taraf diterima Like 125 Sport (2021):

  • Bagi meningkatkan dinamik penampilan, perincian seperti trim fork, slot udara atau cermin sisi digelapkan. Warna badan dicat kelabu (graphite gray), dan lencana S merah menyerlahkan lagi karakter skuter ini.
  • Casis dihasilkan menggunakan keluli tubular, dan dipasangkan rim aloi 12 inci untuk pengendalian versatil di kawasan urban.
  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik 33mm di depan dan dwi-absorber di belakang, manakala sistem brek jeni cakera tunggal 220mm di depan dan cakera tunggal 200mm di belakang.
  • Sistem lampu menggunakan teknologi LED penuh untuk lampu depan, lampu belakang dan signal belok.
  • Trenkuasa dijana enjin patuh Euro5 4-lejang silinder tunggal 125cc penyejukan cecair berkuasa 11.6hp @ 8500rpm dan tork 10.4Nm @ 6,750rpm dengan kelajuan maksimum 95kmj.
  • Kapasiti tangki minyak 6.4 liter cukup untuk jarak tunggangan hingga 290km. Berat skuter ini ialah 128.8kg.
  • Ciri lain ditawarkan skuter ini ialah kompartmen simpanan kecik di depan, port USB untuk mengecas telefon pintar, kapasiti simpanan bawah pelana besar, dan kluster instrumen LCD yang mengadunkan gaya moden dan klasik.
  • Skuter ini dijual pada harga €2,699 (RM13,240) di Eropah. Agak 'keras' juga harganya.

Related

20
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kymco, Kymco Like 125, Kymco Like 125 Sport, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
    Bufori CS8 2026: Grand Tourer Ultra Prestasi Tinggi Buatan Tangan dari Malaysia!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev