PENGELUAR autromotif dunia kini berdepan krisis kekurangan bekalan mikrocip. Terbaharu General Motors (GM) terpaksa menghentikan pengeluaran produk untuk pasaran Amerika Syarikat (AS), terutama model kurang popular seperti Chevrolet Camaro, Cadillac CT4 dan CT5.
Masalah berpunca daripada pembuatan semikonduktor yang terhenti akibat pandemik Covid-19, dan setakat ini belum dapat dipastikan masa bekalan itu berakhir.
Walaupun dianggap model hebat, tetapi faktanya tiada satu pun yang memberi keuntungan besar kepada jenama masing-masing. Malah, angka jualan Camaro agak ketinggalan berbanding model pesaing, Ford Mustang dan Dodge Challenger. Kekurangan bekalan juga memaksa GM menumpukan kepada pengeluaran model yang memberi keuntungan tinggi seperti trak pikap dan pacuan empat roda (4x4).
Sebenarnya, banyak pengeluar kenderaan di AS terkesan daripada masalah yang berlaku. Baru-baru ini, Honda mengumumkan menghentikan sementara pengeluaran kereta di AS disebabkan isu sama.
BACA >>> Chevrolet Trailblazer (2021) - SUV Kompak Premium Gaya Off-Road
BACA >>> Jualan Chevrolet Camaro Gen-6 Merosot Teruk, Tiada Lagi Model Baharu Selepas 2023?
SUMBER: Road and Track
Leave a Reply