MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) membuka pusat servis ke-55 menerusi pengedarnya, Sing Kwung Jidosha Sdn Bhd di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Dibina atas tapak berkeluasan 30,000 kaki persegi, pusat 4S (servis, jualan, alat ganti & semburan cat) Mitsubishi Sing Kwung Jidosha itu memiliki tujuh ruangan servis dan mampu menyenggara sehingga 24 unit kenderaan sehari.
Pada majlis yang sama, Sing Kwung Jidosha turut mempamerkan model trak pikap terbaharu, Mitsubishi Triton VGT Adventure X.
POTONGAN HARGA & NIKMATI PELBAGAI PROMOSI MENARIK
Bermula 21 hingga 25 September, pelanggan yang hadir ke bilik pameran ini berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk percutian ke Bali, Indonesia. Caranya mudah, anda hanya perlu mengira jumlah belon yang terdapat dalam trak Mitsubishi Triton Adventure X.
Selain itu, pelanggan juga ditawarkan pemeriksaan percuma dan menikmati potongan harga sebanyak 15 peratus bagi alat ganti terpilih serta 20 peratus untuk kos upah semburan cat.
ALAMAT
PUSAT 4S MITSUBISHI SING KWUNG JIDOSHA SDN BHD
- 44, Jalan Chan Sow Lin, 55200 Sungai Besi, Kuala Lumpur
Leave a Reply