• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jaguar-Land Rover Bangunkan Sistem Penapis Udara 'Membunuh Virus Corona'

Jaguar-Land Rover Bangunkan Sistem Penapis Udara 'Membunuh Virus Corona'

March 17, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter

SYARIKAT Jaguar-Land Rover sedang membangunkan sebuah sistem penapisan udara  berkebolehan untuk menghapuskan 97 peratus virus dan bakteria udara. Sistem yang umpama topeng muka untuk kereta ini dibuat dengan teknologi daripada Panasonic Nanoe X.

Kebanyakan model daripada pengeluar ini sudahpun dipasang dengan teknologi Panasonic Nanoe dan penapis PM2.5. Namun, Nanoe X adalah 10 kali lebih efektif kerana menggunakan voltan tinggi yang mencipta trilion radikal hidroksil (OH) dibalut dengan molekul air bersaiz nano. 

Struktur virus dan protein bakteria akan terurai apabila melalui sistem penapisan untuk menghindarkan mereka daripada membiak dan membesar. Radikal OH juga memusnahkan alergen dan kulat walaupun tidak merbahaya kepada manusia.

Jaguar F-Pace 2020

JLR menekankan mereka tidak bergantung kepada simulasi komputer dalam menguji keberkesanan sistem penapisan ini. Mereka meminta bantuan British Laboratory Perfectus Biomed untuk membuat ujian simulasi sistem pengudaraan dalam mod pengedaran semula. Ujian ini dijalankan selama 30 minit dalam ruang tertutup. Keputusannya memberangsangkan apabila 97 peratus virus dan bakteria udara dibunuh. Syarikat itu juga mengatakan teknologi Nanoe X sendiri sudah terbukti menghalang 99.995 peratus virus corona ketika ujian makmal yang dijalankan Makmal Immunologi Texcell di Perancis.

Model mendatang daripada Jaguar dan Land Rover bakal menggunakan teknologi ini. Namun, masih belum ada kenyataan daripada kedua-dua syarikat tentang bila ia akan mula berada di tahap pengeluaran. 

Sementara itu, Honda melancarkan sistem ‘pembunuh virus corona’ tersendiri. Ia adalah sebuah kabin penapis udara dijual sebagai komponen pengganti yang terdiri daripada empat lapisan. Satu lapisan disalut dengan bahan aktif daripada ekstrak buah yang menyahaktifkan hampir 100 peratus aerosol tular. 

SUMBER: Autoblog

BACA >>> 12 Fakta Pantas: Jaguar F-Pace Edisi Terhad Kini di Malaysia, Harga Mula RM436k
BACA >>> #Spyshot: Land Rover Discovery Facelift (2021) Dikesan, Dijangka Guna Enjin Hibrid

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: air filter, corona, Coronavirus, Covid-19, Jaguar, Land Rover, panasonic, Penapis Udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev