• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Palam Pencucuh Mesti Tukar Set Penuh, Bukan yang Rosak Sahaja

#TahukahAnda: Palam Pencucuh Mesti Tukar Set Penuh, Bukan yang Rosak Sahaja

March 16, 2021 By Shawkath Leave a Comment

396
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PALAM pencucuh (spark plug) ialah komponen kenderaan penting yang diperlukan untuk mencetuskan cucuhan (ignite) pembakaran campuran petrol dan udara dalam kebuk silinder bagi menggerakkan piston sebelum menghidupkan enjin.

Dalam motosikal, berbeza enjin silinder tunggal seperti kapcai atau sportbike aras mula, jenis enjin 4-silinder sebaris, V-Twin atau dwi-silinder sebaris, atau 3-silinder seperti Yamaha MT-09 pula memerlukan lebih satu unit palam pencucuh.

Biasanya, satu palam pencucuh akan dipasang pada setiap blok silinder atau dalam kes-kes tertentu, ada dua unit palam pencucuh untuk setiap silinder, bergantung kepada jenis motosikal.

Mungkin ada tidak tahu, semua palam pencucuh pada blok silinder motosikal perlu ditukar sekali gus apabila tiba masa ditukar. Ataupun jika cuma satu palam pencucuh tidak berfungsi optimum sama ada disebabkan masalah haus dan lusuh, rosak dan seumpamanya.

BACA >>> #TahukahAnda: Potong Elektrod Bumi, Adakah Beri Kesan Terhadap Palam Pencucuh?

KENAPA PERLU GANTI BAHARU?

Kalau nak cuci pun, cucilah semua sekali, bukan satu saja.

Pengeluar motosikal menyarankan penukaran palam pencucuh dibuat mengikut set, iaitu menanggalkan semua palam pencucuh lama dan digantikan unit baharu. Sebabnya:

  • Menukar semua palam pencucuh lama kepada baharu akan memastikan pembakaran dalam kebuk silinder berlaku optimum dan enjin dapat bekerja lebih seimbang.
  • Penukaran set juga dapat mengelakkan masalah salah cetus (misfire) palam pencucuh lemah pada mana-mana silinder enjin.
  • Deposit karbon akibat pembakaran bahan api lebih seimbang jika semua palam pencucuh ditukar serentak.
  • Dapat mengatasi masalah pembaziran bahan api hingga 30 peratus, menghasilkan daya pecutan lebih baik, dan tiada masalah enjin sengguk atau kasar.

Bagaimanapun, ada sesetengah pemilik lebih suka berjimat dengan hanya menggantikan palam pencucuh yang lemah saja, misalnya menukar satu atau dua daripada empat palam pencucuh. Ini boleh menjejaskan operasi enjin dan tahap kecekapan pembakaran yang jadi tidak seimbang dan boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk.

BAHARU TAPI LAIN JENAMA, JENIS?

spark-plug-champion-1
spark-plug-champion

Walaupun satu rosak, tapi kenalah tukar semua sekali.

Seperkara lagi, jangan sesekali gunakan palam cucuh yang berlainan jenis atau jenama walaupun baharu. Ini boleh menyebabkan masalah salah cetus atau pembakaran tidak seimbang, menjejaskan trenkuasa atau membuatkan enjin sukar dihidupkan.

Jika masalah itu berlaku, kos baik pulih jadi lebih tinggi berbanding harga satu set palam pencucuh. Malah anda perlu bayar tambahan seperti upah buruh atau kos diagnostik enjin setiap kali menukar palam pencucuh.

Ingat, tujuan utama menukar semua palam pencucuh adalah memastikan enjin dapat terus beroperasi optimum dan secara tidak langsung menjimatkan kos yang perlu pemilik tanggung kemudian hari.

BACA >>> Sistem Nyalaan Enjin: Tentang Operasi Palam Pencucuh yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Palam Pencucuh Boleh Ada Sisa Karbon, Bagaimanakah Atasi?
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Tip Bezakan Palam Pencucuh Tulen atau Palsu

SUMBER: GridOto | Quora | AllenSamuels | BikeBandits

Related

396
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: masalah palam pencucuh, palam pencucuh, palam pencucuh berganda, spark plug, tukar palam pencucuh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev