• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Dua Tiga Kali Pandang Pun Tak Perasan, Honda Vario China Ini Memang 'Copy Ori'

Dua Tiga Kali Pandang Pun Tak Perasan, Honda Vario China Ini Memang 'Copy Ori'

March 16, 2021 By Han Othman Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS Honda ADV 150 dan Winner X menjadi model ciplak pengeluar motosikal dari China, kini tiba pula giliran Vario 150 sebagai mangsa terbaharu.

Di pasaran dunia, Vario 150 sangat popular di negara Asean seperti Thailand, Indonesia, Malaysia dan Vietnam. Model motosikal dari China mungkin kurang popular di negara kita, tetapi memiliki potensi besar di Vietnam, yang juga pasaran motosikal keempat terbesar dunia.

Tidak hairan pengeluar motosikal China sangggup 'meminjam' rekabentuk Vario ini semata-mata mahu memasuki pasaran negara jiran itu. Ada yang bukan saja meniru rekabentuk badan, tetapi termasuk nama dan lencana model sekali seperti dilakukan pada Vario 150 ini.

Vario 150 versi China ini memang mirip sekali skuter asal jenama Jepun itu yang boleh dikatakan 90 peratus sama. Sekali pandang (atau berkali-kali), memang sukar hendak membezakan kedua-duanya. Namun, hanya jauhari mengenal manikam kerana model-model tiruan China biasanya kurang kemas dan rapi dari segi perincian.

Berikat ulasan Vario ciplak:

  • Didatangkan dalam tiga warna, iaitu kelabu, hitam dan jingga, sama seperti versi Thailand.
  • Panel meter direka sama seperti Vario 150 sebenar, terutama paparan digital. Apa berbeza adalah tiada lencana Honda di bawah yang digantikan FI.
  • Sistem pencahayan menggunakan LED penuh pada lampu depan, lampu signal belok dan belakang, sama seperti Vario 150.
  • Sistem kunci memiliki rekaan sama seperti Vario 125. Bagi versi 150, Vario menggunakan kunci pintar. Sebagai tambahan, model China ini memiliki kompartmen simpanan di depan dan port USB untuk mengecas telefon pintar.

  • Bukan saja sistem brek kombi sama seperti model asal, tetapi termasuk rekabentuk brek cakera dan tayar dengan dipasangkan kaliper brek tanpa jenama. Bagaimanapun Vario 150 asli menggunakan kaliper brek Nissin.
  • Dari segi prestasi, Vario klon ini ditawarkan dalam dua varian enjin, iaitu 125cc dan 150cc, sama pilihan seperti Vario ori juga. Harga pula semestinya produk China lebih murah, iaitu cuma  7,000 yuan (RM4,424) sahaja. Sebagai perbandingan, Vario 150 di Malaysia dijual pada harga cadangan RM7,199. Memang jauh beza harganya.
honda-vario-china-1
honda-vario-china-2
honda-vario-china-3
honda-vario-china-4
honda-vario-china-5
honda-vario-china-6
honda-vario-china-7
honda-vario-china-8
honda-vario-china-9

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ciplak, Copy Ori, Honda Vario 150, Honda Vario China, roda2, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev