• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Volkswagen Mabuk Rempuh Pesawat Tempur Sampai Terbakar

Pemandu Volkswagen Mabuk Rempuh Pesawat Tempur Sampai Terbakar

March 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBUAH pesawat tempur jenis MiG 29 hangus terbakat akibat dirempuh pemandu Volkswagen Touran yang dipercayai mabuk, minggu lalu.

Sabar, insiden ini tidak berlaku di Malaysia, tetapi di Pangkalan Udara Vasylkiv dekat bandar Kiev, dan individu terlibat ialah anggota tentera udara Ukraine yang dikatakan memandu dalam keadaan mabuk ke kawasan lapangan terbang.

Jet MiG 29 itu sedang ditunda ke hangar sebelum dirempuh pemandu berkenaan dari arah belakang dan impak perlanggaran menyebabkan kebakaran berlaku hingga memusnahkan bahagian enjin pesawat tersebut.

BACA >>> Saintis Bangunkan Telefon Pintar dengan Fungsi Pengesan Mabuk
BACA >>> Penunggang Basikal Mabuk Pun Boleh Kena Hukum di Vietnam

 

Pemandu kereta itu mengalami kecederaan di muka dan dada, tetapi berada dalam keadaan stabil, manakala tiada juruterbang berada dalam jet berkenaan. Dua kertas siasatan dibuka masing-masing melibatkan pihak Tentera Udara, termasuk siasatan jenayah selepas mendapati anggota itu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tentera Udara Ukraine memiliki 35 unit jet MiG 29 sebagai aset pertahanan. Pesawat yang turut dipanggil Fulcrum itu ialah produk rekaan syarikat Mikoyan sejak 1970-an dengan menggunakan enjin kembar. Kebakaran yang berlaku menyebabkan kerosakan teruk dan diklasifikasikan sebagai rosak penuh (total lost).

Harga seunit MiG 29 dianggarkan bernilai AS$5 juta (RM20 juta) dan unit baharu berharga AS$20 juta (RM82 juta).

BACA >>> Minimum Penjara 10 Tahun, Denda RM50k untuk Pemandu Mabuk Sebab Kematian

SUMBER: AutoEvolution

Related

154
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Jet Mig 29, Kemalangan Pemandu Mabuk, Kes Pemandu Mabuk, Pesawat Tempur dirempuh pemandu mabuk, Volkswagen Touran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev