• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MForce Lancar Skuter 250cc WMoto RT3, Harga RM15k

MForce Lancar Skuter 250cc WMoto RT3, Harga RM15k

March 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

432
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MFORCE Bike Holdings Sdn Bhd (MForce) melancarkan skuter suku liter baharu, WMoto RT3 dalam tiga warna pilihan, iaitu Matte Grey (kelabu), Glittery Blue (biru) dan Red (merah) yang akan dijual pada harga serendah RM15,188, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.

Tempahan kini dibuka menerusi pengendar MForce terpilih. Berikut spesifikasi WMoto RT3 (2021):

  • Menampilkan rekabentuk moden dengan bbeerapa komponen diberikan kemasan gentian karbon.
  • Trenkuasa dijana enjin patuh Euro4 4-lejang 4-injap silinder tunggal DOHC 247cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 23hp @ 8,000rpm dan tork 22.5Nm @ 6,500rpm yang dipadankan transmisi CVT jenis klac kering.
  • Dilengkapkan sistem kunci pintar (Smart Key) dengan fungsi tanpa kunci (keyless) untuk ON dan OFF enjin, membuka ruang simpanan bawah pelana dan tangki minyak.

  • Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber boleh laras di belakang.
  • Sistem henti dipasangkan unit brek cakera tunggal pada kedua-dua roda dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-kunci (ABS) daripada Bosch.
  • Tinggi pelana 755mm, kapasiti tangki 17 liter dan jarak lega bumi 155mm.
  • Menggunakan LED penuh untuk lampu depan, signal belok dan lampu belakang.

  • Kapasiti simpanan bawah pelana mampu mengisi barangan seperti helmet, baju hujan dan beberapa barangan peribadi. Juga disediakan lampu LED dalam ruang simpanan tersebut. Pelana menggunakan jenis material antilicin.
  • Disediakan dua soket pengecas yang kalis air di depan untuk memudahkan penunggang mengecas telefon pintar atau peranti lain.
  • Setiap butang kawalan pada bar hendal memiliki latar lampu biru.
  • Cermin sisi boleh dilipat bagi memudahkan diparkir di kawasan sempit, dan boleh dilaraskan mengikut kesesuaian penunggang. Tuil brek boleh dilaras mengikut keperluan.
  • Saiz tayar 120/70 15 (depan) dan 140/60 14 (belakang) memberikan kestabilan optimum ketika menunggang.
  • Kluster instrumen jenis analog dan digital yang memaparkan maklumat spidomete, takometer, tetapan trip perbatuan, jumlah odometer, bar petrol, indikator amaran ABS dan suhu air. Disertakan bersama tujuh warna pilihan (merah, unggu, jingga, biru, kuning dan putih) yang boleh diubah mengikut cita rasa penunggang.
  • Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (man satu tiba dulu).

BACA >>> WMoto ES125 (2021) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM4,588
BACA >>> Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

Skuter-Wmoto-RT3-2
Skuter-Wmoto-RT3-3
Skuter-Wmoto-RT3-1
R_front view
R_front right view
R_front left view
R_left view
R_right view
R_rear right view
R_rear left view
R_rear view
MG_front view
MG_front left view
MG_front right view
MG_right view
MG_left view
MG_rear left view
MG_rear right view
MG_rear view
GB_front view
GB_front left view
GB_front right view
GB_left view
GB_right view
GB_rear left view
GB_rear right view
GB_rear view

Related

432
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MForce WMoto RT3, motosikal, skuter, Skuter 250cc, WMoto RT3 (2021)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev