• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Perbandingan: Inilah 6 Motosikal Boleh Beli dengan Bajet Perodua Ativa

Perbandingan: Inilah 6 Motosikal Boleh Beli dengan Bajet Perodua Ativa

March 15, 2021 By Shawkath Leave a Comment

341
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA  baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV), Ativa dalam tiga varian pilihan dan menjadi antara topik perbualan hangat kerana ditawarkan pada harga mampu milik serendah RM61,500 hingga RM72,000. Ramai individu sudah meninjau SUV segmen-A ini termasuk pasangan baru kahwin dan golongan famili kecil.

Jika anda berjiwa rider, bajet Ativa mampu memberikan anda beberapa model motosikal kuasa besar popular yang mampu membuat orang sekeliling pandang sambil berbisik. Sekarang mari kami senaraikan jenis model itu bajet Ativa, iaitu dalam julat harga RM60,000 hingga RM70,000.

1. HONDA X-ADV (2018)

  • Jentera untuk tunggangan atas tar atau off-road ini dipacu enjin dwi-silinder 745cc SOHC dengan transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan berkuasa 57hp dan tork 68Nm. Penunggang boleh tukar mod untuk off-road atau lebuh raya.
  • Dipasang fork terbalik (USD) 41mm boleh laras sepenuhnya, tangki minyak 13.1 liter dan ruang simpanan bawah pelana 21 liter. Harga asas bermula serendah RM61,479 hingga RM63,599.

2. KTM 790 DUKE (2018)

  • Dijana enjin 4-injap dwi-silinder sebaris 799cc DOHC berkuasa 105hp @ 9,000rpm dan tork 87Nm @ 8,000rpm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi manual 6-kelajuan.
  • Naked bike ini menawarkan empat mod tunggangan: Sport, Rain, Street dan Track serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran. Harga asas RM64,800.

3. DUCATI MONSTER 821 (2018)

  • Boleh dianggap model terakhir sebelum debut Monster baharu (New Monster, Monster+), itupun kalau ada stok di pengedar rasmi.
  • Model ini dijana enjin dwi-silinder Testastretta penyejukan cecair berkuasa 109hp @ 9,250rpm dan tork 86Nm @ 7,750rpm. Ada dua pilihan warna, iaitu merah RM65,900 dan kuning  RM66,900. Jika masih mahal, boleh cuba nasib dapatkan Monster 821 Base (RM60,900).

4. DUCATI SCRAMBLER (2019)

 

  • Ada tiga varian Scrambler jenama Ducati yang mengisi julat harga RM60,000 hingga RM72,000 iaitu Full Throttle (RM62,900), manakala Cafe Racer dan Desert Sled berharga RM67,900. Semua varian menggunakan trenkuasa sama, jenis 803cc V-Twin penyejukan udara dengan transmisi manual 6-kelajuan untuk mencapai kuasa 73hp @ 8,250 rpm dan tork 67Nm @ 5,750rpm.

5. KAWASAKI Z900 RS (2018)

  • Menggunakan enjin 4-silinder 984cc DOHC penyejukan cecair dengan transmisi manual 6-kelajuan berkuasa 110hp @ 8,500rpm dan tork 98.5Nm @ 6,500rpm.
  • Enjin ditala untuk prestasi pada julat kuasa rendah dan pertengahan, manakala tetapan gear dengan klac antigelincir membantu pecutan lebih lancar serta menjimatkan penggunaan petrol. Ada dua mod tunggangan yang boleh dinyah aktif jika mahu. Harga asas bermula serendah RM67,900 sehingga RM69,900.

6. YAMAHA Y15ZR FACELIFT (2020)

  • Anda juga boleh beli 7-8 unit kapcai terhangat Malaysia untuk kegunaan seisi keluarga. Jumlah harga dibayar pastinya bawah RM70,000 dengan harga asas atas kertas RM8,168 seunit.
  • Model supermoped kegemaran ramai ini dilengkapi enjin silinder tunggal 150cc SOHC penyejukan cecair VVA berkuasa 15.1hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm serta transmisi manual 5-kelajuan.

Sebenarnay, Yamaha tiada produk motosikal berharga lebih RM60,000, manakala Suzuki pula tiada dalam julat harga tersebut melainkan lebih RM70,000 atau bawah RM60,000.

Bagaimanapun anda perlu ingat, tempoh pinjaman bank motosikal lebih pendek berbanding kereta, iaitu maksimum lima tahun dan anda perlukan deposit lebih tinggi iaitu lebih kurang 20 peratus daripada harga jualan. Jadi semestinya anda perlu benar-benar mampu (dengan slip gaji power) untuk memiliki model-model motosikal besar di atas.

Apapun, apa saja motosikal dalam julat harga tersebut adalah lebih kepada keseronokan menunggang sama ada secara solo atau berdua. Lebih-lebih lagi jika anda berjiwa rider sejati walaupun perlu berhenti bawah jambatan jika hujan. Lebih istimewa, semua model motosikal besar yang disebut mampu membuatkan ramai mata memandang setiap kali berhenti di lampu isyarat dan di mana-mana.

Ativa pula sesuai kepada mereka yang mahukan keselesaan dan menikmati pemanduan lebih selamat serta bergaya. Tepuk dada tanya selera!

Related

341
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Ducati Scrambler, Honda X-ADV, Kawasaki Z900 RS, ktm 790 duke, motosikal, perbandingan, Perbandingan Perodua Ativa, Perodua Ativa (2021), Waisuku, Yamaha Y15 ZR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877
    Modenas Elit 150S 2025 Lancar Sempena Rai Ulang Tahun ke-30, Harga RM7,877

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev