• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CRF250 Rally (2021) dengan Seragam Rali Dakar Lancar di Malaysia, Harga RM27.5k

Honda CRF250 Rally (2021) dengan Seragam Rali Dakar Lancar di Malaysia, Harga RM27.5k

March 12, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WAKIL pengedar rasmi motosikal Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) hari ini melancarkan CRF250 Rally (2021) dengan rekabentuk mengambil ilham jentera lumba Rali Dakar, HRC CRF450 Rally pada harga RM27,599.

Model advencer versi 2021 ini lebih ringan dan lincah serta dilengkapi banyak ciri moden terkini. Ditawarkan dalam satu skema warna, Extreme Red (merah), berikut ciri menarik CRF250 Rally (2021):

  • Dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 250cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 24.5hp @ 9,000rpm dan tork 23Nm @ 6,500rpm serta transmisi manual 6-kelajuan. Lebih kuasa dan tork berbanding model terdahulu.
  • Nisbah kotak gear, ambilan aci sesondol (camshaft) dan pemasaan nyalaan (ignition) ditambah baik untuk memberikan pecutan dan pengendalian lebih responsif.
  • Model 2021 ini ditambah ciri klac antigelincir Assist & Slipper Clutch (ASC) untuk mengelakkan roda terkunci ketika menukar gear, sekali gus memberi lebih kawalan kepada penunggang.
2021 HONDA CRF300 Rally
2021 HONDA CRF300 Rally
  • Dipasangkan fork depan terbalik (USD) dengan travel 43mm, manakala suspensi belakang jenis monoshock dengan swingarm Pro-Link untuk menyerap semua jenis hentakan.
  • Dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) pada roda depan dan belakang. Ciri ABS pada roda belakang boleh dimatikan untuk tunggangan off-road. 
  • Frem dan swingarm baharu meringankan berat hingga 5kg berbanding model sebelum ini dengan berat keseluruhan 152kg.

  • Lampu depan LED rekaan baharu dan lampu signal dengan cagak (mount) getah fleksibel. Panel meter digital LCD ditambah indikator gear dan minyak.
  • Pelana dan peg kaki lebih lebar untuk keselesaan penunggang. Tangki baharu berkapasiti 12.8 liter untuk tunggangan lebih jauh.

Maklumat lanjut mengenai CRF250 Rally (2021) boleh didapati dengan mengunjungi pengedar Honda BigWing, Impian X dan Impian, atau hubungi talian bebas tol BSH di 1-800-88-3993, atau layari www.boonsiewhonda.com.my.

BACA >>> Honda Africa Twin Akan Ada Ciri Kawalan Jelajah
BACA >>> Honda ADV 150 (2022) Versi Amerika Baru Dapat Brek Cakera Belakang

Related

305
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: adventure bike, Boon Siew Honda, dakar, Honda, honda crf, honda crf250, Honda CRF250 Rally, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev