• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ducati AS Lancar Scrambler Desert Sled Fasthouse Edisi Terhad, 800 Unit, RM67.9k

Ducati AS Lancar Scrambler Desert Sled Fasthouse Edisi Terhad, 800 Unit, RM67.9k

March 11, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

15
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI melancarkan Scrambler Desert Sled Fasthouse edisi terhad yang hanya dikeluarkan 800 unit sahaja membabitkan kolaborasi antara pengeluar motosikal Itali itu Scrambler dan jenama pakaian Amerika Syarikat (AS), Fasthouse. 

Model ini dihasilkan sempena meraikan kemenangan pelumba kelas Hooligan, Jordan Graham dalam kejuaraan lumba off-road padang pasir tertua dan paling berprestij di Amerika Syarikat (AS), The Mint 400.

Harga jualan varian standard model scrambler ini ialah RM67,900 tidak termasuk kos cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Tiada kepastian sama ada model edisi khas ini akan menjengah masuk ke Malaysia atau sebaliknya. Takkanlah satu pun tak masuk kan?

Apakah yang menarik dengan Scrambler Desert Sled Fasthouse ini?

  • Menampilkan warna berbeza daripada model biasa yang mengambil ilham jentera lumba The Mint 400. Hitam dan kelabu sebagai warna utama diserlahkan menerusi rekaan geometri pada tangki motor yang tertera lencana Fasthouse dan Ducati Scrambler.
  • Bahagian frem berwarna Ducati Red (merah) yang dipadankan plat aluminium dengan nombor siri motosikal daripada 1 hingga 800. Ini memberikan nilai eksklusif bagi setiap motosikal yang dikeluarkan.
  • Menggunakan enjin V-Twin 803cc Desmodromic berkuasa 73hp @ 8,250 rpm dan tork 67Nm @ 5,750 rpm serta dipadankan transmisi manual 6-kelajuan dengan rantai pacu akhir (final drive chain) pada roda belakang.
  • Penggunaan swingarm, apit tripel (triple clamps) dan suspensi khas menjadikan model ini sempurna untuk penunggang yang mahukan pengembaraan hebat atas laluan off-road. 
  • Dedikasi model ini terhadap dunia off-road juga dapat dilihat pada casis rekaan khas untuk menangani apa jua keadaan off-road, gril khas untuk lampu depan, fender tinggi dan plat gelincir (skid plate).
  • Posisi tunggangan turut diubah suai. Model ini mempunyai pelana antilicin dengan ketinggian pelana 860mm, suspensi Kayaba boleh laras 200mm dan peg kaki gaya off-road dengan pad getah boleh cabut. 
  • Rim depan 19 inci dan belakang 17 inci. Kedua-dua rim dipadankan tayar Pirelli Scorpion™ Rally STR bersaiz 120/70 R 19 M/C 60V M+S TL untuk rupa depan, manakala 170/60 R 17 M/C 72V M+S TL untuk roda belakang. Dua roda itu menggabungkan prestasi terbaik untuk tayar off-road dengan ketahanan lama.

BACA >>> Tak Boleh Ubah Suai Enjin, Ducati Upah Jurutera Aeroangkasa untuk MotoGP 2021
BACA >>> Ducati Scrambler 1100 Tuttoterreno - daripada Scrambler Standard kepada Motocross

2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-34
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-36
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-6
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-38
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-8
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-3-e1615433929176
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-13
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-18
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-4
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-16
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-17
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-9
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-22
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-2
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-30
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-1
2021-Ducati-Scrambler-Desert-Sled-Fast-House-17

SUMBER: blog.motorcycle.com

Related

15
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ducati, ducati scramble desert sled, Ducati Scrambler, ducati scrambler desert sled fasthouse, fasthouse, limited edition, off-road, the mint 400

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev