• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aston Martin Buat 2 Kereta Eletrik, Sedia Hadapi Larangan Enjin Petrol, Diesel Menjelang 2030 di UK

Aston Martin Buat 2 Kereta Eletrik, Sedia Hadapi Larangan Enjin Petrol, Diesel Menjelang 2030 di UK

March 12, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR kereta mewah dari Britain, Aston Martin juga tidak mahu ketinggalan dalam meluncurkan ombak teknologi hijau apabila mengesahkan menghasilkan bukan satu, tetapi dua kereta eletrik pertama jenama itu, iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV) dan supercar. 

Kedua-dua model berkenaan kemungkinan besar meminjam beberapa teknologi Mercedes-Benz. Keputusan Daimler menambahkan pegangan saham dalam Aston Martin hingga 20 peratus bermula 2023 memberikan akses kepada teknologi hibrid dan trenkuasa eletrik milik gergasi Jerman itu. 

Bagaimanapun, masih terlalu awal melihat teknologi Mercedes-Benz mana satu yang akan digunakan Aston Martin. Adakah melibatkan perkongsian platform atau komponen trenkuasa eletrik seperti bateri dan motor daripada Mercedes-Benz? Mungkinkah kedua-dua sekali? Setakat ini belum dapat dipastikan. 

Kereta eletrik pertama Aston Martin dijangka mula dijual menjelang 2025 atau 2026. Buat masa ini pengeluar itu akan terus mengeluarkan model hibrid seperti SUV, DBX (2021).

Aston Martin DBX (2021)

Aston Martin sebenarnya tiada pilihan selain perlu menghasilkan kereta eletrik kerana Britain bakal menghentikan jualan kereta dengan enjin pembakaran dalaman selepas 2030. Namun,  tiada rancangan untuk terus menghentikan model petrol kerana Aston Martin percaya enjin pembakaran dalaman masih relevan dan tidak akan pupus.

Bagaimanapun, satu demi satu pengeluar automotif sudah mula menghasilkan kereta eletrik masing-masing. Nampaknya, kemungkinan kereta eletrik menggantikan kereta petrol dan diesel suatu masa nanti bukan lagi cerita fantasi. Harapnya pasaran Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mengikut trend ini.

BACA >>> Toyota C+pod - Kereta Eletrik 2-Kerusi untuk Pelanggan Korporat, Harga Mula RM64.7k!
BACA >>> Mercedes-AMG GT 4-Door E Performance - Model Hibrid Prestasi Tinggi dengan Teknologi F1

SUMBER: autoblog.com

Related

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aston Martin, Aston Martin DBX, eletric car, EV, hibrid, hybrid, kereta eletrik, Mercedes, Mercedes-benz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev