• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Corolla AE86 Kondisi Bilik Pameran Ini Lagi Mahal daripada GR Supra 3.0L

Toyota Corolla AE86 Kondisi Bilik Pameran Ini Lagi Mahal daripada GR Supra 3.0L

March 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

837
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA Corolla AE86 Levin GT Apex meroket popular serata dunia disebabkan siri animasi dari Jepun, Initial D dengan aksi mengujakan hero utama, Takumi berlumba dengan pelbagai kereta sport di jalan-jalan gunung Negara Matahari Terbit itu.

Malah, tona dwi-warna 'panda' menjadi seragam ikonik yang ditiru ramai pemilik AE86 sedunia dan menjadi antara model atas jalan paling menarik perhatian jika muncul di mana-mana acara pameran kenderaan.

AE86 mula dihasilkan pada Mei 1983 hingga Mei 1987 yang popular dengan gelaran Hachi-Roku. Model dalam artikel adalah salah satu unit dengan pemanduan sebelah kanan (RHD).

Model ini dijana enjin 4A-GE 1.6L berkuasa 130hp @ 6,600rpm dengan tork 147Nm @ 5,200rpm, manakala transmisi jenis manual 5-kelajuan yang masih lancar tanpa sebarang masalah prestasi. Odometer pula menunjukkan Levin GT Apex coupe ini dipandu sejauh kira-kira 24,000km, dan dimiliki seorang individu (dari Jepun) saja sejak Mei 1984 serta kini berada di Britain.

Secara purata, jarak pemanduan setahun kereta ini adalah lebih kurang 651km sepanjang 37 tahun lalu, atau secara gambaran kasar perjalanan sehala dari Kangar (Perlis) ke Tangkak (Johor), yang dipandu ulang-alik kira-kira 17 kali.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota

Buku rekod servis menunjukkan tidak pernah terlibat dalam kemalangan dan diselenggara sepenuhnya Toyota. Malah cat badan masih asli daripada kilang dan ada kemungkinan Levin ini kerap disimpan dalam garaj.

Harga coupe Levin GT Apex ini ialah £39,995 (RM229,160) atau dua kali ganda lebih mahal daripada sebuah Toyota GR Supra (2021) dengan enjin 3.0L untuk pasaran Eropah.

Tanda harga semahal itu tidaklah mengejutkan kerana model ini dijangka meningkat dua hingga tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini kerana ia sudah jadi model buruan pengumpul koleksi kereta di banyak negara dunia. Jadi, ia memang pelaburan berbaloi. Jika berminat hendak beli, sila layari laman web Piston Heads (www.pistonheads.com).

BACA >>> Toyota 86 GT Black Limited - Tribut Model Spesial 86 GT APEX Black Limited
BACA >>> Toyota GR Supra GTS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM580k Sahaja!

Toyota-Corolla-AE86-Levin-4
Toyota-Corolla-AE86-Levin-8
Toyota-Corolla-AE86-Levin-3
Toyota-Corolla-AE86-Levin-9
Toyota-Corolla-AE86-Levin-7
Toyota-Corolla-AE86-Levin-10
Toyota-Corolla-AE86-Levin-11
Toyota-Corolla-AE86-Levin-26
Toyota-Corolla-AE86-Levin-22
Toyota-Corolla-AE86-Levin-24
Toyota-Corolla-AE86-Levin-23
Toyota-Corolla-AE86-Levin-25
Toyota-Corolla-AE86-Levin-19
Toyota-Corolla-AE86-Levin-14
Toyota-Corolla-AE86-Levin-21
Toyota-Corolla-AE86-Levin-13
Toyota-Corolla-AE86-Levin-20
Toyota-Corolla-AE86-Levin-15
Toyota-Corolla-AE86-Levin-17
Toyota-Corolla-AE86-Levin-27

SUMBER: Piston Heads | AutoEvolution

Related

837
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: AE86, GR Supra, Initial D Levin GT, Takumi, Toyota Corolla AE86 Levin GT Apex

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev