Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Audi A3 (2014)
Roda4

PREVIU: Audi A3 (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/08/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

A3l130094AUDI A3 mula dipertontonkan kepada umum di Shanghai tahun lalu kini sudah tiba ke pasaran Malaysia. Ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.4 TFSI dan 1.8 TFSI quattro, kedua-duanya dilengkapi versi pacuan semua roda.

Menerusi pengedarnya di Malaysia, Euromobil Sdn Bhd, A3 1.4L dijual pada harga RM179,900 dan 1.8L ditawarkan pada RM240,888. Kedua-dua harga berkenaan adalah tanpa insurans.

A3l130098Bagi A3 1.4L TFSI, ia mampu menghasilkan kuasa 122 hp dan tork setinggi 200 Nm pada kitaran enjin 1,400 hingga 4,000 rpm. Penghantaran kuasa lancar dibantu dengan transmisi S tronic 7-kelajuan klac berkembar kering.

Sementara enjin bersesaran lebih tinggi memberikan kelebihan kuasa maksimum 180 hp tork 280 Nm pada 1,350 hingga 4,500 rpm. Padanan kotak gear S tronic 6-kelajuan klac berkembar basah memberikan kuasa penghantaran yang responsif.

A3l130099Melihat keseluruhan rekabentuk, kedua-dua varian kelihatan hampir sama. Ia hanya dibezakan dengan lambang Quattro pada 1.8L dan reka bentuk roda 17 inci yang berbeza.

Kit standard termasuk kawalan pendingin hawa dwi-zon automatik, pengelap cermin dan lampu automatik, sistem start/stop automatik, kawalan pelayaran dan juga tujuh beg udara (termasuk beg udara lutut pemandu) berserta ciri ESP dan ISOFIX pada tempat duduk hadapan dan belakang.

Namun begitu, pihak Euromobil turut memperkenalkan pakej S line bagi 1.8L Quattro menerusi tawaran penambahan kit badan roda 18 inci, bumbung panorama, kerusi sport separuh Alcantara, garisan bumbung hitam dan stereng tiga jejari sport kemasan kulit dengan penambahan RM19,800.A3l130101  A3l130105  A3l130105  A3l130095

1.4 TFSI 1.8L Quattro 1.8L Quattro S-Line Audi A3 Euromobil Sdn Bhd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Roda4

    Proton X90 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM99,800

    12/03/2026
    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.