SELAIN menguji model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama, Ferrari juga dilihat sedang mempersiapkan hypercar baharu jenama itu yang dijangka dilancarkan pada 2023. Model tersebut dikatakan bakal mewarisi hypercar Ferrari sedia ada, LaFerrari.
Pembinaan kereta itu seiring pengumuman Ferrari untuk kembali menyertai perlumbaan kejuaraan lumba Le Mans dalam kelas hypercar. Namun, sejauh mana kaitan model berkenaan dengan perlumbaan tersebut masih tidak dapat dipastikan.
Hypercar Ferrari itu akan menggunakan trenkuasa hibrid yang dapat dilihat pada port pengecas seperti kelihatan pada foto model prototaip ditunjukkan. Bagaimanapun, masih tiada petunjuk mengenai perincian trenkuasa model berkenaan sama ada menggunakan enjin V12, turbocas kembar V8 seperti F154, ataupun enjin turbo kembar V6 yang sedang dalam pembinaan.
Itu saja maklumat didedahkan mengenai kereta tersebut. Kepada golongan bangsawan, bersiap-sedialah untuk sambar kereta ini, dan kepada golongan marhaen seperti saya, bersiap-sedialah muat turun wallpaper. 😜
BACA >>> #Spyshot: Ferrari Pandu Uji SUV Pertama?
BACA >>> Ferrari 488 GT Modificata - Model Khas Trek yang Diubah Suai Tanpa Had, 690hp!
SUMBER:Â evo.co.uk
Leave a Reply