• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lagi Foto Proton Saga 2016 Bocor... Paras Rupa Tampak Seakan 'Mini Perdana'

Lagi Foto Proton Saga 2016 Bocor... Paras Rupa Tampak Seakan 'Mini Perdana'

September 15, 2016 By Abang GYL 1 Comment

994
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

foto proton saga 2016 bocorPROTON Persona 2016 sudahpun selamat dilancarkan baru-baru ini. Kini perhatian peminat automotif beralih kepada Proton Saga 2016 yang dikatakan bakal membuat kemunculan hujung bulan ini. Hari ini, rakan kami dari funtasticko.net menerima foto Proton Saga 2016 berwarna merah. Menerusi foto ini, anda sudah boleh menilai bagaimana paras rupa sebenar Proton Saga 2016.

Sebelum ini juga beberapa foto Proton Saga 2016 sudah tersebar di laman sosial dan lebih mengejutkan ia menerima pelbagai respon positif daripada orang ramai.

Ramai juga bertanya kepada kami, apakah kelainan yang ada pada Saga 2016 berbanding model sedia ada. Paling penting berapa anggaran harganya?

Sehingga kini, kami hanya mengetahui beberapa info atau fakta mengenai Proton Saga 2016. Antaranya;

foto proton saga 2016 bocorHANYA ENJIN 1.3L SAJA

Dari segi prestasi, Proton Saga 2016 hanya dipadankan enjin bersesaran 1.3L, yakni ‘jantung’ sama digunakan model Iriz.

Tiada lagi enjin 1.6L diperkenalkan pada varian Proton Saga 2016. Paling penting, tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH meningkat pada paras terbaik. Ini kerana Proton sudah melakukan beberapa penambahbaikan seperti 3-poin mounting untuk menjadikan enjin lebih senyap.

Proton Saga 2016PARAS RUPA SEAKAN 'MINI PERDANA'

Berdasarkan beberapa gambar tersebar sebelum ini, rupa Saga baharu tampak lebih menarik, baik dari pandangan hadapan mahupun belakang jika dibandingkan model sedia ada.

Sekali impas, ia tampak seakan ‘mini Perdana’. Maksudnya, Proton Saga 2016 nampak seakan Proton Perdana, tetapi saiznya yang lebih kecil. Anda pula rasa bagaimana?

Proton Saga 2016 BocorKESELAMATAN DIPERTINGKAT

Biarpun bergelar kenderaan segmen-A, ciri keselamatan tidak dilupakan. Kami dimaklumkan Saga 2016 akan didatangkan dengan dua beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Mendaki (HHA) dan Kawalan Cengkaman (TCS).

Proton Saga 2016 Bocor_Pandulajudotcomdotmy (2)INDIKATOR ECO

Lebih menarik, model ini turut miliki indikator mod pemanduan ECO yang turut digunakan pada Persona baharu.

KEKAL HARGA LAMA?

Harga adalah persoalan yang paling kerap ditanya. Kami meramalkan Proton akan mengekalkan harga sama seperti model Saga sedia ada, iaitu sekitar RM35,000 hingga RM45,000.

Related

994
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: foto proton saga 2016 bocor, Proton, Proton Persona 2016, Proton Saga 2016, saga 2016, saga baru

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev