• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah

Tak Laku, Ford Henti Pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost di Eropah

March 5, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEMUA tahu, Ford Mustang antara kereta sports paling popular dunia hinggakan permintaan terhadap model itu di pasaran Britain jauh melebihi stok.  Bagaimanapun, permintaan tinggi ini hanya untuk model V8 dengan harga memenuhi jangkaan pelanggan.

Permintaan terlampau tinggi itu memaksa pengeluar automotif dari Amerika Syarikat (AS) itu mencari penyelesaian baharu, iaitu memperkenalkan versi Ecoboost yang dikuasakan enjin 4-silinder 2.3L. Versi ini sebenarnya lebih ekonomi berbanding enjin V8 sedia ada yang diharapkan mampu menarik lebih ramai pembeli. Malah, harga jualan juga jauh lebih murah.

Namun, model ini gagal mendapat tempat dalam kalangan peminat Ford di Britain kerana bagi mereka, enjin 2.3L membunuh karakter Mustang sebagai sebuah ‘muscle car’ yang sinonim dengan enjin besar dan bising. Walaupun versi baharu itu lebih praktikal dan ekonomi, tetapi semua itu tiada makna di mata peminat.

Akhirnya, Ford memutuskan menghentikan pengeluaran Mustang 2.3L Ecoboost untuk pasaran Eropah susulan permintaan rendah (hanya 15 peratus daripada jualan keseluruhan).

Namun, model ini rasanya masih lagi popular di Malaysia dan kekal menjadi pilihan usahawan MLM dan penceramah yang mengajar bagaimana hendak jadi jutawan. 

BACA >>> Honda C70 Jadi Motor Panas Indonesia
BACA >>> Motosikal Elektrik Honda Masa Depan Akan Pasang Dron

SUMBER: pistonheads.com

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ford, Ford Mustang, Ford Mustang Ecoboost, Ford Mustang Ecoboost 2.3 L, UK

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev