PERBANDINGAN antara Perodua Ativa dengan Proton X50 memang tidak dapat dielakkan walaupun dua kereta ini berbeza segmen. Jika artikel lalu kita buat perbandingan spesifikasi dan gaya, kali ini kita bandingkan pula kos servis kedua-dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut hingga perbatuan 100,000km.
Agak-agak, mana lagi mahal?
1,000km
- X50: Kos perlu dibayar, percuma.
- ATIVA: Tidak perlu diservis.
10,000km
- X50: Kos perlu bayar RM275.54. Perlu tukar minyak enjin 5 liter, penapis minyak, gasket palam salir (drain plug gasket) dan penapis udara.
- ATIVA: Kos perlu bayar RM160.50. Perlu tukar minyak enjin sintetik penuh 0w-20 3.5 liter, penapis minyak dan gasket palam salir.
20,000km
- X50: Kos perlu bayar RM342.70. Perlu tukar minyak enjin 5 liter, penapis minyak, gasket palam salir, penapis minyak petrol dan penapis kabin N95.
- ATIVA: Kos perlu bayar RM259.30. Perlu tukar minyak enjin sintetik penuh 3.5 liter, penapis minyak, gasket palam salir, penapis udara dan caj buruh.
30,000km
- X50: Kos perlu bayar RM358.22. Perlu tukar minyak enjin 5 liter, penapis minyak enjin, gasket palam salir, penapis udara dan caj buruh. Jumlah kos juga sama untuk selang servis 50,000km dan 70,000km.
- ATIVA: Kos perlu bayar RM202.79. Perlu tukar minyak enjin sintetik penuh, penapis minyak, gasket palam salir dan caj buruh. Sama seperti X50, kos ini juga sama untuk selang servis 50,000km dan 70,000km.
40,000km
- X50: Kos perlu bayar RM631.07. Lebih mahal kerana ada tambahan komponen servis perlu ditukar, iaitu palam pencucuh dan minyak brek, termasuk servis biasa. Kos servis ini juga sama untuk 80,000km.
- ATIVA: Kos perlu bayar RM423.12. Ada tambahan komponen servis perlu ditukar, iaitu minyak brek dan radiator. Kos servis ini juga sama untuk 80,000km.
60,000km
- X50: Kos perlu bayar RM637.15. Servis minor biasa, tetapi caj buruh RM150.
- ATIVA: Kos perlu bayar RM259.30. Servis sama seperti 20,000km.
90,000km
- X50: Kos perlu bayar RM640.10. Selain servis biasa, perlu tukar minyak transmisi (DCT) berharga RM237.36, manakala kos upah RM120.
- ATIVA: Kos perlu bayar RM202.79. Cuma servis minor berharga. Jauh berbeza dengan X50.
100,000km
- X50: Kos perlu bayar RM438.10. Cuma servis minor.
- ATIVA: Kos perlu bayar RM841.40. Perlu tukar tiga palam pencucuh (RM471.90), 3 liter minyak transmisi (RM97.50), termasuk servis minor biasa.
110,000km
- X50: Pemilik X50 perlu buat servis major di sini. Kos perlu bayar RM825.27. Perlu tukar tali sawat (timing belt), RM195.16, dan tali pacu (drive belt), RM112.89, manakala caj buruh perlu bayar RM228.
- ATIVA: Tiada maklumat untuk kos servis Ativa pada jarak perbatuan ini.
KESIMPULAN
Inilah kos anda perlu bayar jika memiliki salah satu model berkenaan. Seperti dapat kita lihat, secara purata kos servis Ativa adalah lebih murah daripada X50.
Namun, servis major Ativa pada selang servis 100,000km (RM841.40) adalah paling tinggi, malah lebih tinggi daripada servis major X50 untuk 110,000km (RM825.27). Harga palam pencucuh (RM471.90) saja sudah separuh daripada jumlah kos.
Bagaimanapun ada tiga kali selang servis, pemilik X50 perlu bayar lebih RM600 (40,000km, 60,000km, dan 80,000km), berbanding purata kos servis Ativa sekitar RM200-300 sahaja. Kos servis keseluruhan untuk X50 adalah RM4,148.15 manakala kos servis keseluruhan Ativa pula berharga RM2,358.20 menjadikan perbezaan antara keduanya hampir separuh.
Apapun, ini bukan hal pelik kerana harga dan segmen kedua-dua model SUV itu pun sudah jauh berbeza. Cuma agak terkejut juga harga palam pencucuh Ativa semahal itu walaupun hanya enjin 3-silinder. Mungkin palam pencucuh tersebut jenis iridium prestasi tinggi.
Harap perbandingan kos servis ini dapat membantu anda memilih kereta yang sesuai dengan bajet masing-masing. Ingat, kos pemilikan kereta bukan tentang bayar ansuran bulanan saja, tetapi kita juga perlu menanggung kos servis sekurang-kurangnya dua kali setahun, dan tidak termasuk bayaran insurans dan cukai jalan.
Jadi, ukurlah baju di badan sendiri ok!
BACA >>> Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
BACA >>> Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
Leave a Reply