• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Biar Benar Proton Persona 2016 Bagi Servis Percuma?

Biar Benar Proton Persona 2016 Bagi Servis Percuma?

September 9, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

proton-persona-waranti-bg
BETULKAH Proton Persona 2016 ada servis percuma tiga tahun? Macam tidak percaya saja!

Ya, Proton memang menawarkan servis percuma selama tiga tahun atau 60,000km (mana satu tiba dahulu) bagi setiap tempahan Persona yang dibuat sebelum 30 September 2016. Ini bermakna anda tidak perlu bayar apa-apa jika hantar kereta ke pusat servis Proton seperti disenaraikan dalam jadual. Orang kata, pergi servis, tepuk punggung dan balik.

Proton Persona 2016_Launch_Setia_Pandulajudotcomdotmy (14)PENJIMATAN LEBIH RM2,000

Lihatlah berapa jumlah amaun yang anda dapat jimat sepanjang servis tiga tahun atau 60,000km yang ditawarkan. Keseluruhannya, anda dapat jimat hingga RM2,453!

Sebagai makluman, kiraan ini adalah untuk model Persona CVT transmisi automatik, manakala pemilik Persona manual, jumlah penjimatan selama tiga tahun sebanyak RM2,195.

Proton Persona 2016 Ciri-ciri_Pandulajudotcomdotmy (6)
Proton Persona 2016

JADILAH PEMILIK BIJAK

Menarik bukan tawaran diberikan Proton? Apa kata ikut tip bijak belanja kami. Apa kata duit penjimatan itu anda masukkan dalam satu tabung atau akaun khas.

Anggap saja anda perlu mengeluarkan duit belanja servis, tetapi disimpan ke dalam akaun khas tersebut. Ini bermakna daripada RM2453 itu anda perlu menyimpan RM817 setahun atau RM68 sebulan. Dengan kadar dividen sekitar 7 peratus setahun, selepas tiga tahun, wang anda akan berganda menjadi lebih RM2,600!

Buat apa duit tersebut, jika anda tanya kami, sudah tentu kami nasihatkan ia digunakan untuk hal-hal penyenggaraan Proton Persona tersebut selepas habis tempoh waranti kelak.

Ini, bermakna secara automatik anda mempunyai dana khas untuk digunakan sebagai bajet servis kereta anda. Tidak perlulah pening kepala setiap kali tiba tempoh servis kereta.

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Proton, PROTON Holding Berhad, Proton Persona 2016, Roda4, waranti Proton Persona 2016

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev