• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Autoshow 2016 Kembali Gegar Dunia Permotoran Mulai 10-13 November

Malaysia Autoshow 2016 Kembali Gegar Dunia Permotoran Mulai 10-13 November

September 9, 2016 By Abang GYL 1 Comment

FacebookTwitter

malaysia-autoshow-2016_pandulajuPAMERAN kereta Malaysia Autoshow 2016 kembali menggegarkan dunia permotoran dengan menghimpunkan pelbagai jenama kenderaan di bawah satu bumbung.

Bertemakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), karnival anjuran Malaysia Automotive Institut (MAI) itu bermula dari 10 hingga 13 November 2016 dan akan berlangsung di Pusat Pameran dan Persidangan Antarabangsa MINES (MIECC).

" Tahun ini MAI berharap untuk menjadikan Malaysia Autoshow 2016 lebih menarik terutamannya bagi EEV, termasuklah kenderaan hibrid dan diesel.

" Bilangan OEM yang melaksanakan program EEV dalam kemudahan pengeluaran mereka di Malaysia sudah berkembang. Sehingga kini, sebanyak 180 model kenderaan sudah menerima pengiktirafan status EEV," kata Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari.

My Auto Fest 2016BAKAL TARIK 100,000 PENGUNJUNG

Sepanjang tiga hari karnival, ia bakal menarik hampir 100,000 pengunjung di mana pelbagai aktiviti dan promosi jualan menarik akan diadakan.

Antaranya sesi pandu uji, pertunjukkan drift oleh Leona Chin, pameran kereta klasik, gerai jualan makanan, aksesori dan ruangan permainan untuk kanak-kanak.

Selain itu, pameran kereta Malaysia Autoshow 2016 turut disertai oleh 150 peserta yang meliputi pelbagai jenama kenderaan, perkhidmatan selepas jualan, aksesori dan banyak lagi.

Malaysia Autoshow 2016MENANGI KIA RIO X

Lebih menarik, pelbagai hadiah menarik bernilai RM200,000 turut disediakan kepada pengunjung yang bertuah.

Manakala pengungjung yang berjaya membuat tempahan layak menyertai peraduan 'Buy a Car, Win a Car' dan berpeluang memenangi hadiah utama berupakan Kia Rio X 1.4, tajaan dari Kia Malaysia.

Tiket masuk boleh dibeli pada harga RM10 bagi dewasa manakala percuma bagi mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Ingat, 10 hingga 13 November 2016 di MIECC. Pastikan anda berjayadapatkan kereta idaman pada harga terendah di Malaysia Autoshow 2016.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AutoShow, Datuk Madani Sahari, MAI, Malaysia Automotive Institut, Malaysia Autoshow 2016

Comments

  1. mohd fikri says

    October 20, 2016 at 3:06 PM

    bole beli tiket secara online?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev